Monday, 15 August 2016

Pemimpin Umno Dedah Rahsia Sendiri?

Pemimpin Umno Dedah Rahsia Sendiri? Bekas menteri Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal hari ini akui rezekinya lebih baik ketika Malaysia diperintah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nong Chik menjelaskan beliau mendapat banyak perniagaan ketika itu berbanding sekarang.

“Saya berterus terang kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, rezeki saya lebih baik semasa Dr Mahathir, baik kepada keluarga saya atau pada diri saya. Saya dapat banyak perniagaan semasa zaman Dr Mahathir.

Pemimpin Umno Dedah Rahsia Sendiri?  Sekarang lagi susah nak dapat perniagaan. “Tetapi demi disiplin parti, UMNO Bahagian (Lembah Pantai) tetap bersama-sama kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” katanya semasa berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai.

Beliau berkata demikian ketika partinya berdepan cabaran daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ditubuhkan oleh bekas pimpinan Umno seperti Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Parti baharu itu dikatakan akan menarik golongan ahli parti yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib.

Pemimpin Umno Dedah Rahsia Sendiri? 


Nong Chik dalam masa yang sama turut menyatakan Pengerusi Perhubungan UMNO kini iaitu Datuk Ahmad Zahid Hamidi merupakan seorang yang pemurah berbanding Muhyiddin.

“Walaupun Tan Sri Muhyiddin pernah jadi bos saya – pengerusi perhubungan – tapi dia tak lah seperti pengerusi perhubungan sekarang.

“Pengerusi perhubungan sekarang memang seorang yang pemurah. Dulu saya dengan Tan Sri Muhyiddin, saya yang terpaksa jadi pemurah,” selorohnya.

Pemimpin Umno Dedah Rahsia Sendiri? 


Sementara itu, Nong Chik berpandangan Umno sudah menghabiskan banyak masa sedangkan ia perlu menumpukan kepada usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan diadakan dalam masa kurang daripada dua tahun lagi.

Pemimpin Umno Dedah Rahsia Sendiri?  “Kita lupakan kawan-kawan lama walaupun saya cakap rezeki saya lebih baik semasa zaman Dr Mahathir, kita lupakan…demi agama dan bangsa kita patut bersama-sama dengan kepimpinan Umno,” katanya.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...