Tuesday, 30 August 2016

Pembunuh Bill Kayong Diberkas

Pembunuh Bill Kayong Diberkas. Mahkamah Majistret di sini menetapkan 23 September sebagai tarikh bagi sebutan semula kes 2 suspek yang dituduh membunuh Setiausaha PKR Bill Kayong.

Pendaftar Mahkamah Rendah Nuur Hafiza Yatim membuat keputusan itu atas permintaan pihak pendakwa.

Pembunuh Bill Kayong Diberkas. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Izzat Mohd Abdullah memberitahu mahkamah beliau belum menerima dokumen yang berkenaan seperti laporan bedah siasat, telekomunikasi, dapatan ahli kimia dan laporan mengenai urusan perbankan.

Pada 15 Julai, Fitri, 29, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, dihadapkan dengan pertuduhan membunuh Bill Kayong di persimpangan lampu isyarat berhampiran E-Mart Supermarket, Jalan Miri-Bintulu pada 8.20 pagi 21 Jun.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pembunuh Bill Kayong Diberkas


Lie Chang Loong, 39, juga dihadapkan di mahkamah pada 15 Julai bagi tuduhan bersubahat dengan Fitri dan Chin Wui Chung, 50, serta Datuk Lee Chee Kiang, yang masih bebas, mengikut Seksyen 109, yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Chin, yang merupakan pembantu peribadi Lee, dihadapkan di Mahkamah Majistret semalam.

Pembunuh Bill Kayong Diberkas


Polis dikatakan mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan Lee yang dipercayai berada di Australia.




Iklan
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...