Friday, 12 August 2016

Patutlah Umno Makin Panik.. Ini Puncanya

Patutlah Umno Makin Panik.. Ini Puncanya. Umno kini “panik” dengan ancaman daripada parti baharu yang diasaskan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata peguam Haniff Khatri Abdulla.

Haniff yang juga peguam kepada Dr Mahathir berkata sebelum ini, pemimpin Umno seperti wakil rakyat Tan Sri Shahrir Samad dan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak idea penubuhan parti baharu oleh Dr Mahathir, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu.

Patutlah Umno Makin Panik.. Ini Puncanya.  Pemimpin Umno terbabit sebelum ini berkata parti baharu itu tidak akan menjejaskan apa-apa kerana ia tidak bersaing dengan Umno.

Bagaimanapun, Haniff berkata apabila Bersatu menghantar permohonannya untuk didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada Selasa lalu, Umno nampaknya risau.

“Ia mahu menuntut hak eksklusif terhadap perkataan ‘Bersatu’,” katanya menerusi Facebook hari ini, sebagai respons terhadap kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, hari ini.

Patutlah Umno Makin Panik.. Ini Puncanya


Pada sidang media hari ini, Tengku Adnan menggesa RoS supaya tidak meluluskan akronim ‘Bersatu’ yang digunakan parti itu, mendakwa perkataan itu akan mengelirukan kerana ia biasa digunakan dan muncul dalam banyak slogan seperti Bersatu Bersetia Berkhidmat” dan “Bersatu Malaysia Maju”.

Haniff, yang juga peguam kepada Dr Mahathir berkata Umno fikir perkataan ‘Bersatu’ milik mereka.

“Kami percaya alasan lemah yang diberikan Tengku Adnan tidak akan dilayan RoS,” katanya.

Haniff berkata Umno kini bimbang sehingga terpaksa “merayu” RoS supaya tidak meluluskan nama itu.

Patutlah Umno Makin Panik.. Ini Puncanya


Pada Selasa, Muhyiddin menyerahkan permohonan untuk mendaftarkan Bersatu di ibu pejabat RoS di Putrajaya.

Bekas timbalan presiden Umno itu yang digugurkan daripada Kabinet tahun lalu, berkata keahlian parti baharu itu dibuka kepada semua kaum Melayu, Orang Asli dan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak.

Patutlah Umno Makin Panik.. Ini Puncanya.  Katanya, bukan Melayu turut dipelawa menyertainya sebagai ahli bersekutu tetapi tidak boleh bertanding dalam pemilihan.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...