Monday, 8 August 2016

Patutlah Tony Pua Tinggalkan Mesyuarat PAC.. Ini Sebabnya

Patutlah Tony Pua Tinggalkan Mesyuarat PAC.. Ini Sebabnya. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua hari ini meninggalkan mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebagai bantahan terhadap keengganan Datuk Hasan Arifin membuka semula siasatan 1MDB.

“Saya amat malu sebagai sebahagian PAC yang menjadi begitu lemah, cuba sembunyikan (kes 1MDB). Saya tidak boleh berada dalam mesyuarat itu dan berpura-pura melakukan kerja saya apabila skandal terbesar di Malaysia tidak dibincangkan.

Patutlah Tony Pua Tinggalkan Mesyuarat PAC.. Ini Sebabnya. “Biar kami panggil perdana menteri (untuk disoal siasat). Jika dia tidak bersalah, biar PAC lindungi nama baik perdana menteri,” kata Setiausaha Publisiti DAP itu di luar bangunan Parlimen.

Tegasnya, ada penting untuk membuka semula siasatan terhadap 1MDB, khasnya selepas saman sivil yang difailkan DoJ AS bagi menyita AS$3.5 bilion yang didakwa digelapkan daripada syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia itu.

Pua berkata, beliau menyuarakan tiga permintaan dalam mesyuarat PAC.

Pertama, mendapatkan penjelasan berhubung laporan terbaru Wall Street Journal yang Good Star Limited adalah milik ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low.

Patutlah Tony Pua Tinggalkan Mesyuarat PAC.. Ini Sebabnya


“Saya tanya beliau jika laporan itu tulen. Saya tanya beliau (Hasan) mengenai surat Bank Negara yang ditujukan kepada semua ahli PAC menyatakan Good Star Limited adalah milik Jho Low,” katanya.

Pua berkata, kegagalan pengerusi PAC memberi jawapan berhubung laporan dan surat Bank Negara itu menunjukkan Hasan cuba “melindungi orang di sebalik 1MDB.”

Isu kedua yang dibangkitkan Pua ialah memohon kebenaran membuka semula laporan siasatan 1MDB berdasarkan laporan DoJ menyatakan seorang individu sebagai Malaysian Official 1 dan AS$781 juta dimasukkan dalam akaun peribadi MO1.

“Sebab itu saya menggesa kes ini dibuka semula. Kita perlu memanggil Najib untuk mengetahui apa yang diperkatakan itu adalah benar atau palsu,” katanya sambil menambah PAC perlu melindungi Najib daripada DoJ, jika perdana menteri boleh membuktikan beliau tidak bersalah.

Permintaan ketiga Pua ialah menyiasat laporan mendakwa SRC International mengambil RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).


Patutlah Tony Pua Tinggalkan Mesyuarat PAC.. Ini Sebabnya


“Sepanjang mesyuarat, pengerusi asyik kata kami sudah lakukan bahagian kami. Kami sudah tutup kes ini.

“Macam mana itu boleh berlaku khasnya dengan pendedahan terbaru itu,” katanya yang kecewa tiga permintaan itu ditolak Hasan.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...