Saturday, 6 August 2016

PAS Buat U Turn?

PAS Buat U Turn? Walaupun tidak mendapat sokongan majoriti pimpinan Pas Pusat agar pertandingan 'satu lawan satu' berlaku dalam pilihan raya umum akan datang, cadangan timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kini mula mendapat sokongan pimpinan parti itu.

Ia dimulakan oleh naib presiden yang juga timbalan menteri besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Abdullah dan kemudiannya mendapat sokongan dari ketua pengarah pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali.

PAS Buat U Turn? Mustafa menyarankan, parti pembangkang supaya berusaha mencari formula pertandingan 'satu lawan satu' menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Mustafa berkata, berdasarkan kajian dan analisis Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) Pusat, pertandingan 'satu lawan satu' adalah cara terbaik untuk menghilangkan kuasa Umno BN yang memerintah hari ini.

"Kalau pertandingan melawan BN lebih daripada 'satu lawan satu', ia memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk terus berkuasa.

"Ini tidak bagus kerana menjadikan Umno BN lebih angkuh dan terus melakukan penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa yang melemaskan rakyat," ujarnya sebagaimana yang dilaporkan oleh laman rasmi Pas, Harakahdaily.

Menurutnya, untuk mewujudkan pertandingan 'satu lawan satu' melawan BN itu, tidak semestinya parti-parti pembangkang berada dalam satu gabungan sahaja sebagaimana yang ditunjukkan pada beberapa siri PRU yang lalu.


PAS Buat U Turn?


Beliau menambah, oleh kerana PRU14 dijangka berlaku lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya pada 2018 nanti, maka parti-parti pembangkang perlu berusaha mencari formula tersebut.

"PRU14 dijangka diadakan tidak lewat daripada 2017, maka parti pembangkang mesti berusaha mencari formula pertandingan 'satu lawan satu' menentang BN. Inilah prioriti parti-parti pembangkang sekarang," ujarnya yang menyokong kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berhubung perkara itu.

Harakahdaily sebelum ini menyiarkan saranan Mohd Amar yang berkata perlu ada 'under standing' kalangan pembangkang seperti yang berlaku sebelum ini dalam misi menafikan penguasaan BN.

Katanya status quo kerusi yang ditandingi sebelum ini hendaklah dikekalkan biarpun tiada pakatan pembangkang seperti dahulu.

“Apabila pembangkang mempertahankan status quo lama kita dapat fokus untuk berdepan satu lawan satu dengan BN pada PRU14 nanti.

“Kalau ada kalangan pembangkang yang berminat untuk mengacau kerusi seperti dipertahankan sebelum ini, ia boleh memberi kemenangan lebih mudah kepada BN,” katanya di Kota Bharu.

Mustafa menambah, rakyat sekarang semakin tertekan akibat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh Umno BN yang terus memerintah dengan beberapa isu seperti 1MDB, GST dan sebagainya.

Katanya, bukan sahaja golongan marhaen seperti petani, nelayan, peniaga kecil dan lain-lain yang sengsara akibat pengurusan ekonomi negara yang pincang, bahkan masalah pengangguran termasuk dalam kalangan lepasan universiti yang berjumlah puluhan ribu turut terkesan.

"Ini adalah kesan yang sangat parah kerana tidak ada pengurusan ekonomi dan good governance dalam negara yang diperintah Umno BN sekarang," ujarnya lagi.

Sikap Pas yang mahukan 'satu lawan satu' jelas kelihatan selepas calon Pas kalah teruk di dua pilihan raya kecil iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sebelum ini, cadangan Tuan Ibrahim agar genjata senjata di antara pembangkang dibuat untuk membolehkan 'satu lawan satu' berlaku dalam pilihan raya lalu ditolak presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PAS Buat U Turn?


Ini kerana, kata Hadi, tidak perlu genjatan senjata kerana tidak ada peperangan berlaku.

"Tidak ada genjatan senjata (gencatan serangan). Kita berdialog, berbahas, berhujah secara demokrasi dengan semua pihak. Tidak ada dan tidak timbul genjatan senjata," kata presiden Pas dalam wawancara dengan media di Alor Setar itu.

Beliau menyalahkan laman web khasnya Malaysiakini yang kononnya tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan dari Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu.

"Kita perlu baca kenyataan timbalan presiden dalam Harakahdaily bukan dalam Malaysiakini. Malaysiakini memetik separuh sahaja tidak ambil semua. Yang ambil semua dalam Harakahdaily. Kalau baca separuh saja tidak adil," kata Hadi dalam sidang media itu.

Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat selepas kenyataan Tuan Ibrahim juga tidak membuat seberang pendirian.

PAS Buat U Turn? Hanya Tuan Ibrahim sahaja membuat kenyataan dengan berkata, "Itu pendirian pribadi saya."




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...