Friday, 5 August 2016

PAS Buat Kejutan Lagi?

PAS Buat Kejutan Lagi? Walaupun berjaya mengumpul penyertaan besar sebelum ini, BERSIH 4 bagaimanapun terpalit imej polarisasi kaum apabila kurangnya penyertaan orang Melayu.

Salah satu faktornya ialah apabila PAS tidak mendukung acara itu secara rasmi selepas berpisah dengan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP.

Justeru, bagi masyarakat sivil, penyertaan parti itu amat penting bagi mengelakkan tanggapan negatif berulang.

PAS Buat Kejutan Lagi?  PAS bagaimanapun setakat ini masih belum membuat keputusannya.

“Parti belum buat sebarang keputusan.

“Kita tunggu sehingga sampai waktu kita akan umumkan pendirian parti,” kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melalui pesanan teks kepada Malaysiakini malam tadi.

Tuan Ibrahim juga berkata pihaknya setakat ini belum dimaklumkan atau diundang secara rasmi oleh BERSIH.

PAS Buat Kejutan Lagi? 


Beliau ditanya pendirian parti Islam itu kali ini setelah BERSIH semalam (Selasa) mengumumkan perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima dalam masa terdekat.

PAS Buat Kejutan Lagi?  Pengerusinya, Maria Chin Abdullah dalam sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya berkata, himpunan kali ini untuk menuntut tindakan lanjut mengenai skandal 1MDB.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...