Monday, 8 August 2016

Parti Bersatu Diasaskan Bekas Pemimpin Umno Diluluskan Pendaftarannya?

Parti Bersatu Diasaskan Bekas Pemimpin Umno Diluluskan Pendaftarannya? Wira Perkasa Malaysia mahu Kementerian Dalam Negeri meluluskan segera pendaftaran parti baharu Parti Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurut Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris, Parti Bersatu yang diasaskan beberapa bekas pemimpin tertinggi UMNO itu juga seharusnya diluluskan dalam tempoh 96 jam selaras dengan amalan demokrasi negara ini.

Parti Bersatu Diasaskan Bekas Pemimpin Umno Diluluskan Pendaftarannya?  Kata Irwan, masalah kelulusan parti itu tidak seharusnya timbul memandangkan pelbagai cemuhan diberikan ke atas parti tersebut seolah-olah ia tidak akan kekal lama.

“Janganlah pula beretorik, kononnya tiada masalah utk meluluskan pendaftaran parti baru ini tetapi berselindung dari berbagai syarat.

“Pasti pihak yang memohon telah memenuhi segala syarat kerana mereka yang memohon sudah pasti arif dengan syarat dan dasar-dasar permohonan.

Parti Bersatu Diasaskan Bekas Pemimpin Umno Diluluskan Pendaftarannya? 


“Luluslah pendaftaran parti baru ini dalam tempoh 96 jam supaya selari dengan janji, cemuhan dan kejian. Biar rakyat membuat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Pada 14 Julai lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.


Parti Bersatu Diasaskan Bekas Pemimpin Umno Diluluskan Pendaftarannya?  Sementara itu dilaporkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat permohonan untuk mendaftarkan parti politik baharu dalam masa terdekat.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...