Tuesday, 9 August 2016

Parti Baru Mahathir Ialah Pribumi Bersatu Malaysia

Parti Baru Mahathir Ialah Pribumi Bersatu Malaysia. Parti baharu naungan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan diberi nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia, menurut sumber yang terlibat dalam penubuhannya kepada FMT.

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pimpinan jawatankuasa penaja parti itu akan menyerahkan borang permohonan pendaftaran parti baharu itu di Jabatan Pendafataran Pertubuhan di Putrajaya, petang ini.

Parti Baru Mahathir Ialah Pribumi Bersatu Malaysia. Mengesahkan perkara itu, aktivis pelajar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut menganggotai jawatankuasa itu berkata beliau akan menemani Muhyiddin.

Saddiq turut membalas kritikan sesetengah pihak mengenai keputusan menjadikan keahlian parti itu kepada Melayu dan Bumiputera sahaja.

“Walaupun untuk Bumiputera sahaja, ia akan memperjuangkan nasib semua rakyat Malaysia demi perubahan.

Parti Baru Mahathir Ialah Pribumi Bersatu Malaysia


“Parti ini sebuah parti Bumiputera yang berpaksikan perubahan,” katanya, sambil menambah ia bukan sepenuhnya berlandaskan satu kaum.

Saddiq bagaimanapun enggan mendedahkan butir lanjut, sekadar berkata akan ada beberapa kejutan.

Penubuhan parti baharu itu diumumkan Dr Mahathir bulan lalu, selepas mendapat persetujuan Pakatan Harapan.

Parti Baru Mahathir Ialah Pribumi Bersatu Malaysia. Parti itu dijangka mengadakan kerjasama dengan pembangkang pada pilihan raya akan datang.




1 comment:

  1. Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...