Friday, 12 August 2016

Parti Baru BERSATU Porak Perandakan Pembangkang.. Ini Buktinya?

Parti Baru BERSATU Porak Perandakan Pembangkang.. Ini Buktinya? Parti baharu Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan dapat membantu Pakatan Harapan (PH) menjatuhkan Barisan Nasional untuk menawan Putrajaya, sebaliknya ia bakal memecah belahkan pembangkang, kata penganalisis politik.

Prof Madya Andrew Aeria dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, pembentukan parti berasaskan Bumiputera itu menekankan perkauman yang wujud dalam politik negara ini.

Parti Baru BERSATU Porak Perandakan Pembangkang.. Ini Buktinya? Beliau berkata, keahlian yang hanya terbuka kepada Bumiputera, manakala keahlian bersekutu untuk bukan Bumiputera menunjukkan mereka tidak berpandangan jauh “di luar perkauman” dan akan membawa perpecahan lebih besar dalam pembangkang.

“Ia tidak sejajar dengan janji pembaharuan dalam kempen ‘Selamatkan Malaysia’. Bagaimana anda hendak selamatkan Malaysia jika ia menjadi lebih retak dengan parti politik lain?” katanya kepada FMT hari ini.

Bersatu sedang menunggu kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), selepas permohonan dihantar Tan Sri Muhyiddin Yassin, presiden jawatankuasa penajanya pada Selasa lalu.

Parti baharu naungan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu terbuka kepada semua kaum, bagaimanapun ahli bukan Bumiputera tidak boleh mengundi atau bertanding untuk jawatan dalam parti.

Parti Baru BERSATU Porak Perandakan Pembangkang.. Ini Buktinya?


Mengulas pucuk pimpinan Bersatu, Aeria tergelak dan menyifatkannya “ringan” sambil menambah ia tidak akan mampu berjuang dengan baik seperti Semangat 46.

Beliau berkata, Bersatu tidak boleh dibandingkan dengan Semangat 46, bagaimanapun ia akan berkongsi nasib sama dengan Semangat 46 dengan menjadi tidak relevan sebelum terkubur.

Katanya, pemimpin Bersatu sepatutnya menyertai sebuah daripada tiga parti PH untuk memperkukuhkan pembangkang.

Aeria turut ragu-ragu bagaimana Bersatu boleh membantu PH yang hilang hala tuju ketika ini.

“DAP tidak boleh melangkaui kepentingannya sendiri, sementara pemimpin PKR benar-benar perlu berkompromi. Terlalu banyak perbalahan dalaman,” katanya.

Aeria berkata, jika Bersatu hendak bekerjasama dengan PH, akan berlaku perebutan dan pergaduhan berhubung pembahagian kerusi pada pilihan raya nanti.

Katanya, jika rundingan peruntukan kerusi gagal mencapai kata sepakat, pengundi atau penyokong PH mungkin tidak akan keluar mengundi.


Parti Baru BERSATU Porak Perandakan Pembangkang.. Ini Buktinya?


Sehubungan itu, beliau berkata, rakan sekutu dalam PH perlu menentukan hala tuju mereka sekarang.

“Pengundi tidak bodoh. Mereka boleh nampak kurangnya kejelasan serta arah tuju dan ini akan merugikan mereka,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dilaporkan berkata, adalah pelik untuk sebuah parti berasaskan Bumiputera menjadi sebahagian daripada PH.

Pengarah Pendidikan Politik Pemuda DAP, Chiong Yoke Kong pula berkata, sayap itu menolak kerjasama dengan parti politik yang berlandaskan kaum seperti Bersatu, kerana ia tidak berbeza daripada Umno.

Parti Baru BERSATU Porak Perandakan Pembangkang.. Ini Buktinya? Katanya, parti politik yang mengamalkan diskriminasi kaum tidak akan menyelamatkan Malaysia, sebaliknya hanya akan terus bermaharajalela di negara ini.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...