Wednesday, 10 August 2016

Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong Sumbang Pingat Perak

Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong Sumbang Pingat Perak. Gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong menyumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 apabila memenangi pingat perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita di Pusat Akuatik Maria Lenk, sebentar tadi. 

Gandingan itu mengumpul 344.34 mata dalam lima terjunan. Emas acara itu dimenangi pasangan China, Chen Ruolin-Liu Hui Xia yang mengumpul 354 mata. 

Tempat ketiga pula diraih gandingan Kanada Meaghan Benfeito-Roseline Filion yang mengutip 336.18 mata.

Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong Sumbang Pingat Perak.  Pandelela Rinong menyifatkan pingat perak yang dimenanginya dalam acara terjun 10 meter platform seirama di Sukan Olimpik Rio 2016 lebih bermakna berbanding gangsa yang diraihnya di Olimpik London 2012. 

"Saya sangat gembira memenangi pingat Olimpik kedua terutama sekali pingat perak bersama pasangan saya (Cheong Jun Hoong). 

"Sudah tentu ia lebih bermakna berbanding London kerana saya dapat memperbaiki pencapaian dan menukar warnanya," kata penerjun kelahiran Sarawak itu. 

Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong Sumbang Pingat Perak


Pandelela yang bergandingan dengan Jun Hoong memenangi perak selepas menghimpun 344.43 mata di Pusat Akuatik Maria Lenk. 

Mereka ketinggalan 9.66 mata kepada pasangan China, China, Chen Ruolin-Liu Hui Xia yang mengumpul 354 mata. 

Tempat ketiga pula diraih gandingan Kanada Meaghan Benfeito-Roseline Filion yang mengutip 336.18 mata. 

Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong Sumbang Pingat Perak.  Di London 2012, Pandelela melakar kejutan dengan meraih gangsa dalam acara 10 meter platform.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...