Thursday, 11 August 2016

Neelofa Sebulan Daftar Dah Dapat Pergi Haji?

Neelofa Sebulan Daftar Dah Dapat Pergi Haji? Lembaga Tabung Haji (TH) menyangkal dakwaan memberi kelulusan kepada seorang artis tempatan untuk menunaikan haji selepas sebulan membuat pendaftaran haji di agensi berkenaan.

TH dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya sedia maklum mengenai rayuan artis berkenaan dan mempertimbangkan rayuan tersebut mengikut garis panduan sedia ada dan tiada kelulusan diberikan kepada beliau bagi rayuan tersebut.

Neelofa Sebulan Daftar Dah Dapat Pergi Haji?“Jika ada visa haji yang diperolehi oleh artis tersebut, ia adalah tidak melalui TH,” kata kenyataan itu.

Menurut TH, pihak mereka sentiasa mengamalkan sistem pendaftaran terbuka, dan semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran yang ditentukan perlu melalui proses tapisan yang berperingkat serta mengikut kriteria yang ditetapkan.

Neelofa Sebulan Daftar Dah Dapat Pergi Haji?


Oleh itu, TH memohon agar isu itu tidak disensasikan, kerana ia boleh menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pendeposit TH.

Neelofa Sebulan Daftar Dah Dapat Pergi Haji? Media baru-baru ini melaporkan artis Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 27, akan menunaikan haji bersama ibu bapanya selepas sebulan mendaftar di TH.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...