Saturday, 13 August 2016

Musa Hitam Dedah Tembelang Mahathir?

Musa Hitam Dedah Tembelang Mahathir? Tun Musa Hitam meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau cuba menjatuhkan beliau dan kerajaan pimpinannya.

Malah, dakwanya, Dr Mahathir membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Musa yang tidak tahu orang dimaksudkan Dr Mahathir itu kemudiannya bersemuka dengan perdana menteri keempat negara itu.

Musa Hitam Dedah Tembelang Mahathir? “Jawapan kejam beliau ialah ‘Awaklah’,” tulisnya dalam buku terbaharunya bertajuk “Frankly Speaking” yang dilancarkan Rabu lalu.

Beliau yang terkejut dan kecewa dengan tuduhan itu, sedar tidak mampu mengekalkan kedudukannya dalam kerajaan lagi.

“Saya buat keputusan untuk letak jawatan. Macam mana saya hendak kekal apabila beliau tidak lagi percaya saya?

“Bagaimana saya hendak jalankan tanggungjawab sebagai timbalannya apabila didakwa cuba ‘membunuh’ beliau dari segi politik?

“Bagaimana saya hendak terus bekerja dan sokong beliau apabila hubungan kami sudah capai tahap itu?” soalnya.

Musa Hitam Dedah Tembelang Mahathir?


Dalam buku itu juga, Musa mendakwa Dr Mahathir cuba memanipulasi kekecewaannya berhubung pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) ke dalam kabinet sebagai alasan untuk peletakan jawatan mengejutnya.

Ku Li dilantik sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri, walaupun tewas kepada Musa dalam pemilihan jawatan timbalan presiden Umno pada 1984.

Musa menjelaskan ia seolah-olah mustahil untuk Ku Li mengekalkan jawatannya dan diberikan kedudukan tinggi selepas kekalahannya itu.

Beliau turut menafikan Peristiwa Memali pada 1985 yang menyaksikan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terkorban, selepas satu kumpulan ajaran sesat mengepung kampung di Kedah itu, adalah punca utama beliau meletak jawatan.

Sebaliknya, Musa berkata, beliau adalah kambing hitam dalam peristiwa itu.

Musa Hitam Dedah Tembelang Mahathir?


“Ia ada kaitan dengan tuduhan saya cuba menjatuhkan bos saya dan kerajaan,” katanya sambil mendakwa sekumpulan pemimpin Umno terdiri daripada Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin and Tan Sri Sanusi Junid mungkin orang yang memberi cadangan menggulingkan perdana menteri kepada Dr Mahathir.

Musa meletak jawatan pada Februari 1986.

Musa Hitam Dedah Tembelang Mahathir? Katanya, beliau mengambil masa lama untuk melepaskan jawatannya selepas berkonfrontasi dengan Dr Mahathir kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara, termasuk memberi penjelasan penuh kepada orang ramai berhubung peristiwa Memali, menyediakan kertas putih berhubung perkara itu dan lawatan tertangguh perdana menteri ke kawasan Parlimen Kota Tinggi.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...