Monday, 15 August 2016

Muhyiddin Belasah Teruk Najib..

Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hendaklah mengakui kesilapan yang pernah dilakukannya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas timbalan Najib itu berkata, bekas bosnya itu tidak seharusnya bertindak sebaliknya dengan berpura-pura kononnya semua dalam keadaan baik.

Muhyiddin Belasah Teruk Najib. "Presiden Umno terpalit dalam banyak skandal yang saya boleh katakan mencecah perkadaran global, inilah yang menjadi keprihatinan setiap rakyat Malaysia.

"Kamu sedang duduk di kerusi itu, jadi, menjadi tanggungjawab kamu untuk melindungi kepentingan negara," kata Muhyiddin lagi.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kempen menderma darah di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, hari ini.

Muhyiddin Belasah Teruk Najib


"Jika kamu hadapi masalah hari ini, kamu harus akui kesilapan yang dibuat. 

Bukan lagi rahsia. Seluruh negara, seantero dunia tahu mengenainya," ujar beliau lagi.Kira-kira dua bulan yang lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk memecat Muhyiddin bersama-sama bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir daripada parti itu.

Pengumuman pemecatan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno yang berkata keputusan berkenaan dicapai sebulat suara.

Muhyiddin Belasah Teruk Najib


Kata Najib, tindakan kedua-dua mereka berkempen bagi pihak pembangkang sehingga menjejaskan parti, begitu dikesali dan satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

Susulan pemecatan beliau, Muhyiddin dilihat terus aktif menentang bekas bosnya itu dengan menyertai beberapa ceramah mengkritik Najib dan Umno.

Muhyiddin Belasah Teruk Najib. Terbaru, Muhyiddin mendaftar parti politik baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau BERSATU yang menyasarkan untuk bertanding melawan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...