Thursday, 18 August 2016

Menteri Tiada Kerakyatan

Menteri Tiada Kerakyatan. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Indonesia, Arcandra Tahar, yang dipecat daripada kabinet Isnin lalu, kini seorang yang tiada kerakyatan.

Arcandra dipecat selepas pendedahan beliau sudah menjadi warganegara Amerika Syarikat. Indonesia melarang rakyatnya memegang dua kerakyatan.

Agensi Antara memetik Freddy Haris, pengarah pentadbiran undang-undang Kementerian Perundangan, sebagai berkata Arcandra secara automatik akan ditarik balik pasport Indonesia susulan pendedahan itu.

Menteri Tiada Kerakyatan. “Tetapi beliau juga hilang kerakyatan AS kerana menerima tawaran memegang jawatan menteri di Indonesia,” katanya, merujuk undang-undang AS yang melarang rakyatnya memegang jawatan awam atau politik di negara lain.

Arcandra kini perlu melalui proses memohon semula kewarganegaraan asalnya, sesuatu yang rumit.

Bagaimanapun, kelonggaran diberikan kepada mereka yang pernah berbakti kepada negara, kata Freddy.

Menteri Tiada Kerakyatan


Ini kerana Arcandra ketika dalam kabinet pernah berjaya menjimatkan berbilion rupiah dalam tempoh 20 hari selepas pelantikan beliau.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...