Wednesday, 24 August 2016

Malaysian Official 1 Menggelupur Jika Berita Ini Jadi Realiti

Malaysian Official 1 Menggelupur Jika Berita Ini Jadi Realiti. Amanah memohon Yang di-Pertuan Agong supaya memperkenankan tindakan saman Datuk Husam Musa dan Matthias Chang di Amerika Syarikat (AS) bagi menuntut semula wang yang dicuri melalui syarikat pelaburan negara 1MDB.

Pengarah komunikasi Amanah Khalid Samad berkata surat yang ditandatangani enam ahli Parlimen dalam parti itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam waktu terdekat, menurut laporan Malaysia Dateline.

Malaysian Official 1 Menggelupur Jika Berita Ini Jadi Realiti. “Kami daripada Amanah menyediakan surat kepada Yang di-Pertuan Agong dengan 6 ahli parlimen akan menandatangani meminta perkenan Tuanku atas usaha Husam dan Matthias,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.

Selain Khalid, lima lagi ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu); Dr Hatta Ramli (Kuala Krai); Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja); Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar); Hanipa Maidin (Sepang).

Husam dan Matthias mengambil tindakan saman sivil ke atas 8 individu dan syarikat di Amerika Syarikat bagi menuntut ganti rugi daripada mereka atas kehilangan wang 1MDB.

Malaysian Official 1 Menggelupur Jika Berita Ini Jadi Realiti


Saman itu difailkan di Mahkamah Daerah New York Selatan Khamis, 11 Ogos lepas (Jumaat 12 Ogos waktu Malaysia) oleh sebuah firma guaman di sana.

Lapan defendan yang dinamakan Husam dan Matthias ialah Riza Shahriz bin Abdul Aziz, Low Taek Jho, Golman Sachs Group Inc, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson, Metropolis 1X Capital Advisors.

Red Granite Pictures ialah penerbit filem Wolf of Wall Street; syarikat yang diasaskan bersama Christopher Joey McFarland; Riza Aziz dan Jho Low, ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang dikatakan kawan kepada Riza.

Bank pelaburan Goldman Sachs turut dinamakan bersama bekas pengurus banknya Timothy Leissner, yang mengatur bon dengan nilai berbilion dolar daripada 1MDB. Timothy didakwa mengambil sogokan dalam bentuk komisen.

Turut dinamakan ialah pengurus perniagaan Riza, Debra Whelan Johnson dan syarikatnya, Metropolis 1X. Mereka dituduh menguruskan wang Riza dengan pengetahuan ia diselewengkan.

Malaysian Official 1 Menggelupur Jika Berita Ini Jadi Realiti


Menurut dokumen mahkamah, Matthias dan Husam mendakwa semua defendan sedar menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi masing-masing, termasuk menganjurkan parti untuk bintang Hollywood Leonardo DiCaprio.




Iklan
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...