Thursday, 25 August 2016

Malaysian Official 1 Makin Menggeletar Baca Berita Ini?

Malaysian Official 1 Makin Menggeletar Baca Berita Ini? Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sedang menyiasat 2 kelab malam di mana pelakon Leonardo DiCaprio dan rakannya daripada filem “Wolf of Wall Street” gemar berparti – dalam kaitan dengan kecurian AS$7 bilion daripada syarikat pelaburan Malaysia, 1MDB, menurut New York Post (NY Post).

Kelab Hakkasan dan Omnia, masing-masing berlokasi di bangunan MGM Grand dan Caesars Palace dimiliki Hakkasan Group yang berpangkalan di London dan pemiliknya memang terkenal dengan kegiatan membayar selebriti untuk berkunjung ke kelab itu.

Malaysian Official 1 Makin Menggeletar Baca Berita Ini? DiCaprio menyambut ulang tahunnya ke-40 di Hakkasan pada 2014, dengan bilik pesta dihidangkan dengan sekurang-kurangnya champagne bernilai AS$1 juta, termasuk AS$50,000 perbelanjaan perjudian, menurut artis rap O.T. Genasis.

DiCaprio sering berpesta di Hakkasan dengan pencipta 1MDB yang juga kaki parti, Jho Low, yang memberikan Dicaprio jutaan dolar dicuri daripada 1MDB untuk berjudi di Vegas, menurut pengadu kepada FBI.

Akhbar itu melaporkan pada 2015, Justin Bieber dibayar AS$500,000 untuk mengadakan parti ulang tahun ke-21 di Onmia dan sejak 2013, DJ Tiesto dan Calvin Harris kerap mengadakan persembahan di Hakkasan dengan bayaran AS$500,000 setiap malam.


Malaysian Official 1 Makin Menggeletar Baca Berita Ini?


Penyiasat sedang cuba mengenal pasti sama wang itu datang dari tempat sama ia dicuri yang membiayai filem “The Wolf of Wall Street” pada 2013.

Bekas pengerusi Hakkasan Group, Khadem Al Qubaisi ditahan awal bulan ini di Abu Dhabi, di mana pihak berkuasa turut membekukan asetnya.

Kelab Hakkasan dilancarkan di Vegas pada 2013, pada masa hampir sama Khadem dikatakan mencuri berbilion wang daripada 1MDB, menurut tuntutan saman pelucutan hak FBI.

Pada September, penyiasat AS akan menyoal siasat sumber di Eropah yang tahu mengenai kewangan Khadem, kata sumber kepada The Post.

Peguam Hakkasan memberitahu NY Post yang CEO Neil Moffitt sudah disepina dan kumpulan itu akan memberikan kerjasama.

Pegawai Jabatan Kehakiman berkata kes itu berkembang dengan pantas.


Malaysian Official 1 Makin Menggeletar Baca Berita Ini?


“Penyiasat antarabangsa menyiasat Khadem,” kata sumber terdekat siasatan itu. “Mereka melihat keseluruhan perjalanan kariernya, meneliti semua asetnya dan dari mana dia memperoleh wang.”

Selain itu, Jho Low turut mendermakan jutaan dolar yang dikatakan dicuri daripada 1MDB kepada Yayasan DiCaprio.

Kini DiCaprio mula terasa bahangnya daripada kaitannya dengan penipu terbabit. Dia baru-baru ini dipaksa untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah kepada kempen calon presiden Hillary Clionton di rumahnya, yang mengenakan bayaran AS$33,000 setiap tiket.

Malaysian Official 1 Makin Menggeletar Baca Berita Ini? Jurucakap DiCaprio, Shawn Sachs enggan menjawab panggilan telefon.




Iklan
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...