Friday, 26 August 2016

Mahathir Kena Bidas Teruk

Mahathir Kena Bidas Teruk. Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlulah mengkritik semangat kenegerian orang Johor kerana beliau tak faham nasionalisme, kata Datuk Mohamed Khaled Nordin.

Atas sebab itu, Menteri Besar Johor berkata bekas Perdana Menteri 22 tahun itu tidak dapat hargai isme Bangsa Johor – pacuan moral untuk diteladani rakyat negeri lain.

Mahathir Kena Bidas Teruk. “Saya beranggapan tidak perlulah untuk beliau bercakap dan mengulas tentang perkara yang bukan menjadi bidang kearifannya. Sesuatu yang beliau tidak dapat hargai atau jiwai.

“Saya menyeru semua pihak untuk meneladani kebangkitan Johor dan nasionalismenya. Ia harus menjadi pacuan moral untuk kita lebih menghargai kepelbagaian berbangsa dan bernegara secara progresif dan sihat,” kata Khaled.

Semalam, pengasas Umno (Baru) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menegur retorik kenegerian seperti Bangsa Johor akan memecahkan kesatuan Persekutuan.

Mahathir Kena Bidas Teruk


Mahathir akui seseorang itu bebas mempromosi idea Bangsa Johor, tetapi tidak sekiranya ia menjurus kepada pemisahan daripada Malaysia.

“Johor akan terus mendukung hubungan eratnya dengan Kerajaan Persekutuan,” jawab Khaled Nordin.

“Namun, hubungan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan mesti diterjemahkan selayaknya atas semangat sebuah persekutuan dan bukannya sebagai sebuah negara satuan atau ‘unitary’.”

Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim (TMJ) dilaporkan berkata Johor berhak keluar dari Malaysia jika mana-mana terma dalam perjanjian antara Johor dan Persekutuan Tanah Melayu tidak dipatuhi.

Mengulas lanjut, Khaled mengingatkan Johor punyai sejarah tersendiri yang perlu diperakui semua pihak – salah satu daripada kemajmukan dan kepelbagaian cerita yang membentuk Malaysia.

Mahathir Kena Bidas Teruk. “Nasionalisme Johor dan konsep Bangsa Johor adalah identiti unik yang telah lama sebati dengan Johor dan amalan masyarakatnya. Seawal 1920-an apabila DYMM Almarhum Sultan Sir Ibrahim memperkenal dan menggunakan istilah tersebut. Ini bermakna, penggunaan Bangsa Johor sudah wujud lebih awal dari kemerdekaan dan kewujudan Malaysia.”




Iklan
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...