Friday, 5 August 2016

Krisis Umno Terengganu Makin Meruncing.. Ini Buktinya

Krisis Umno Terengganu Makin Meruncing.. Ini Buktinya. Krisis Umno Terengganu semakin meruncing malam tadi apabila bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said mengancam untuk keluar parti dan bekerjasama dengan PAS, demikian menurut laporan.

Star Online malam tadi melaporkan Ahmad yang merupakan ADUN Kijal memberi kata dua kepada Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman supaya meletak jawatan.

Krisis Umno Terengganu Makin Meruncing.. Ini Buktinya. Beliau dilaporkan memberitahu akhbar harian berbahasa Inggeris itu bahawa itu adalah respons beliau kepada menteri besar itu yang menyalahkan pemimpin terdahulu atas kegawatan politik di negeri itu sekarang.

"Saya ada banyak rahsia. Jangan buat saya buka mulut," lapor Star Online.

"Beliau (Ahmad Razif) bercakap mengenai prestasi saya dan bahawa kerana saya, kerajaan negeri hilang sebahagian besar kerusi semasa pilihan raya dan hanya menang tipis," Ahmad Said dipetik sebagai berkata.

Bekas menteri besar Terengganu itu dilaporkan berkata Ahmad Razif perlu tahu bahawa semasa ada usaha untuk menyingkirkannya (Ahmad Said), BN hampir pasti akan kalah kepada PAS, "dia tahu siapa yang menyelamatkan dan memberikan kemenangan."

Krisis Umno Terengganu Makin Meruncing.. Ini Buktinya


Katanya, beliau boleh memecatkan Ahmad Razif ketika beliau berkuasa atas dakwaan sabotaj, tetapi tidak berbuat demikian.

Oleh itu, Ahmad Said berkata, sekiranya Ahmad Razif tidak meletak jawatan sekarang, beliau mungkin keluar Umno dan bekerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan baru.

Kerajaan Umno Terengganu dilanda krisis pada 2014 apabila Ahmad Said dan dua ADUN lain meletak jawatan, dan mengurangkan majoriti 17 kerusi parti pemerintah, berbanding 15 kerusi Pakatan Rakyat.

Krisis Umno Terengganu Makin Meruncing.. Ini Buktinya. Keruntuhan kerajaan negeri itu akhirnya dapat dielakkan dan ADUN Seberang Takir Ahmad Razif mengambil alih jawatan menteri besar.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...