Monday, 29 August 2016

Kejutan Tak Disangka Dari Mulut Mahathir

Kejutan Tak Disangka Dari Mulut Mahathir. Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa menerima hakikat Umno kini bukan lagi parti yang berjuang untuk negara dan orang Melayu.

Beliau yang sedih dengan keadaan melanda parti Melayu itu dan BN, berkata satu usaha untuk memulihkan kepincangan pada negara perlu dilakukan dengan segera.

“Parti ini (Umno) mesti dikalahkan dan kita perlu parti yang lebih kuat daripada Umno.

Saya sayang Umno sebab begitu lama saya berada dalam Umno dan apabila Datuk Seri Najib (Razak) buat benda yang tidak baik, saya fikir pada mulanya mahu singkirkan sahaja perdana menteri dan kita selamatkan Umno.

Kejutan Tak Disangka Dari Mulut Mahathir.  “Tetapi itu pada mulanya. Kini saya dapati Umno juga sudah tidak boleh diselamatkan. Kenapa? Sebab pemimpin mereka sudah tidak jadi pemimpin, mereka tidak boleh bersuara apa-apa pun, mereka ikut saja,” katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.

Bekas presiden Umno itu mengakui beliau sedih dan kecewa, tetapi ia tetap tidak boleh mengatasi perasaan tanggungjawab kepada negara apabila melihat mereka yang terlibat menyeleweng dan tidak lagi patuh pada asas perjuangan Umno dan BN.

“Semua parti lawan mestilah bekerjasama supaya wujudnya pertandingan satu lawan satu.

"Ada orang tanya saya, macam mana ni Tun Mahathir mahu kerjasama dengan Lim Kit Siang, kerjasama dengan parti lawan, sedangkan saya dulu kecam Lim Kit Siang habis-habisan, dan dia pun kecam saya juga.


Kejutan Tak Disangka Dari Mulut Mahathir


“Tetapi dalam usaha untuk capai kejayaan, kita perlu sentiasa bijak. Sebagai contoh, apa yang dilakukan Tun Razak untuk menyelamatkan negara. Beliau menjemput parti-parti lawan untuk menyertai parti gabungan yang sekarang ini jadi lebih besar.

"Semua ini parti lawan, tetapi kebijaksanaan Tun Razak ialah untuk mengukuhkan kerajaan.

Kejutan Tak Disangka Dari Mulut Mahathir.  “Saya tahu kenapa BN sentiasa menang. Sebab kita tidak lawan sesama kita. Sebaliknya, parti lawan berlawan sesama mereka. Berpecah, dan tak pernah dapat kerusi yang cukup untuk dirikan kerajaan,” beliau dilaporkan sebagai berkata.





Iklan
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...