Monday, 8 August 2016

Ini Kenyataan Sebenar Mufti Wilayah Persekutuan Berkenaan Pokemon Go

Ini Kenyataan Sebenar Mufti Wilayah Persekutuan Berkenaan Pokemon Go. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menafikan pernah mengeluarkan kenyataan mengharamkan permainan Pokemon Go.

Sebaliknya, kata beliau, permainan itu harus dijauhkan jika ia membawa kemudaratan kepada pemain.

Ini Kenyataan Sebenar Mufti Wilayah Persekutuan Berkenaan Pokemon Go. Katanya, beliau kesal dengan salahguna tajuk berkenaan fatwa Pokemon Go oleh beberapa media alternatif atas talian yang sewenang-wenangnya meletakkan kesimpulan tanpa kajian mendalam.

 "Manipulasi tajuk yang dibuat sedemikian memberikan imej yang negatif kepada institusi mufti dan kefatwaan serta imej agamawan Muslim keseluruhannya di mata umat Islam dan juga saudara-saudara bukan Muslim yang kita kasihi.

"Jika diteliti dalam fatwa yang dikeluarkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, saya sama sekali tidak menggunakan istilah ‘haram’.

"Apa yang jelas, saya menggunakan kalimah yang menzahirkan ‘kecenderungan’ saya ke arah pengharamannya iaitu 'perlu dijauhkan' permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat," tegas beliau dari sumber dipetik hari ini.

Ini Kenyataan Sebenar Mufti Wilayah Persekutuan Berkenaan Pokemon Go


Ujarnya, sebab utama beliau tidak menggunakan istilah 'haram' kerana ia bukan sesuatu yang qat'ie iaitu ada hukumnya dalam al-Quran dan Sunnah.

Kaedah begitu, kata Dr. Zulkifli adalah antara manhaj (metodologi) Imam al-Syafie dalam mengeluarkan hukum atau fatwa.

"Sebagai contoh, Imam al-Syafie adakalanya dalam satu-satu hukum menyatakan 'akrah' (aku benci) atau kadangkala beliau kata 'lam uhibb' (aku tidak suka). Beliau tidak menggunakan istilah haram atau harus atau lain-lain istilah secara jelas.

"Jika perkataan haram digunakan, ia adakalanya memberi impak yang negatif dan mungkin kurang sesuai dengan situasi masyarakat kita. Tujuan saya memilih untuk menggunakan ayat ‘perlu dijauhkan’ permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat," katanya.


Ini Kenyataan Sebenar Mufti Wilayah Persekutuan Berkenaan Pokemon Go


Justeru, beliau menyeru seluruh masyarakat untuk menyelidik terlebih dahulu berita yang didengari atau didapati di media sosial.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...