Friday, 12 August 2016

Hanipa Maidin Rindu Umno

Hanipa Maidin Rindu Umno. Empat bulan selepas dikejarkan ke hospital selepas rebah ketika perbahasan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin kini masih menjalani proses pemulihan.

FMT yang mengunjungi beliau di rumahnya di Gombak semalam mendapati peguam PAS yang lantang bersuara itu masih berjenaka seperti biasa.

Beliau menceritakan bagaimana merasa bosan di hospital, sehinggakan merayu supaya dibenarkan pulang.

Hanipa Maidin Rindu Umno. “Saya beritahu doktor, dekat sini saya tak gembira, saya macam gila. Doktor pun kata ok lah, awak boleh balik tapi jangan pengaruhi orang lain.

“Saya tak boleh duduk di hospital sebab tak ada Umno. Saya lemah tak ada Umno ini. Bila ada Umno baru sedap, boleh bantai,” seloroh pemimpin Amanah itu.

Hanipa yang bertubuh besar dan tegap kini kelihatan lebih kurus.

“Berat badan saya kini 80kg berbanding sebelumnya, dalam 100kg,” katanya semalam ketika menerima kunjungan Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad.

Hanipa Maidin Rindu Umno


Hanipa menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur selepas mengalami pendarahan otak. Pada 4 April, sidang Dewan Rakyat ditangguh 15 minit selepas beliau rebah, beberapa minit selepas terlibat dalam perbahasan hangat dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung isu pindaan Akta Syarikat.

Pulih 75%

Sejak insiden itu, Hanipa tidak dilihat di ceramah atau program pembangkang.

Bagaimanapun, semalam beliau hadir pada sambutan ulang tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan penyokongnya di luar Penjara Sungai Buloh.

Hanipa kini menjalani fisioterapi setiap minggu, dan proses pemulihannya juga adalah cepat.

“Saya rasa pemulihan sekarang ini 75%,” kata bapa kepada lima anak itu.

Beliau menafikan khabar angin beliau mengalami strok seperti keadaan badannya yang senget.

Hanipa Maidin Rindu Umno


“Sebenarnya ia dipanggil trauma kecederaan otak. Memori saya pun ok, tak ada apa-apa yang senget. Cuma ada masalah tak stabil yang ada kaitan mata, berjalan,” katanya.

Hanipa, yang meninggalkan PAS untuk menyertai Amanah, turut menerima kunjungan pemimpin tertinggi parti Islam itu sebelum ini, termasuk Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan Ketua Pemuda, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Pada Aidilfitri lepas, Hanipa berkata beliau sekeluarga buat pertama kali tidak pulang ke Johor.

“Kami sekeluarga terpaksa beraya di Kuala Lumpur dan mak ayah juga ada datang ke rumah kerana kami tidak balik beraya,” katanya.

Hanipa Maidin Rindu Umno. Walaupun masih belum pulih sepenuhnya, Hanipa bersemangat mahu hadir pada sesi Dewan Rakyat yang akan bersidang semula pada Oktober ini.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...