Wednesday, 10 August 2016

Bukan Menari Gelek Sahaja, Kami Mengaji Al Quran Juga Kata Puteri Umno

Bukan Menari Gelek Sahaja, Kami Mengaji Al Quran Juga Kata Puteri Umno. Ketua Puteri Umno Malaysia Datuk Mas Ermieyati Samsudin mempersoalkan laporan media yang dianggap tidak seimbang susulan isu beberapa ahlinya yang menari gelek baru-baru ini diperbesarkan.

Mas Ermieyati berkata ada pelbagai aktiviti lain yang dijadikan pengisian dalam mesyuarat Puteri Umno seperti membaca Al-Quran, berzikir dan menari zapin tetapi ia tidak dilaporkan di media.

Bukan Menari Gelek Sahaja, Kami Mengaji Al Quran Juga Kata Puteri Umno. “Tetapi isu menari gelek ini disensasikan. Kenapa nak naikkan (isu menari gelek). Isu itu sudah saya tegur dan saya menerima permohonan maaf. Mereka pun sudah menyesal.

“Saya ada menghadiri beberapa mesyuarat Puteri Umno misalnya di Johor Bahru baru-baru ini. Ada aktiviti membaca Al-Quran, tafsir Al-Quran, berzikir dan menari zapin tetapi tidak ‘highlight’,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Hari Kebangsaan dan Silang Budaya 2016 di Muzium Negara hari ini.

Puteri Umno Kota Bharu sebelum ini membuat permohonan maaf secara terbuka selepas rakaman sekumpulan ahli pergerakan itu menari gelek membuat persembahan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Khamis lalu menjadi viral.


Bukan Menari Gelek Sahaja, Kami Mengaji Al Quran Juga Kata Puteri Umno


Rakaman yang tersebar itu menunjukkan empat penari wanita berpakaian menutup aurat dan bertudung tetapi mempersembahkan tarian gelek sebagai pembuka acara tersebut.

Dalam satu kenyataan, Puteri Umno Kota Bharu berkata mereka akur dan amat kesal atas kesilapan tersebut.

Mas Ermieyati berkata tiada tindakan akan diambil terhadap Puteri Umno Kota Bahru memandangkan permohonan maaf sudah pun diterima.

Bukan Menari Gelek Sahaja, Kami Mengaji Al Quran Juga Kata Puteri Umno. “Kita ada berbincang dalam mesyuarat dan memutuskan tidak akan mengambil tindakan terhadap Puteri Umno yang menari gelek itu,” katanya.



1 comment:

  1. kami bukan meromapk saja tapi kami pergi haji juga.

    what the hell....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...