Saturday, 20 August 2016

Berita Panas!!.. Najib Makin Panas Punggung

Berita Panas!!.. Najib Makin Panas Punggung. Pihak berkuasa Abu Dhabi minggu lalu menahan Khadem Al Qubaisi, antara watak penting dalam skandal melibatkan 1MDB, lapor The Wall Street Journal memetik sumber.

Bagaimanapun, belum ada sebarang dakwaan dibawa terhadap Khadem.

Sebelum ini, Khadem dilarang meninggalkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) manakala asetnya dibekukan.

Berita Panas!!.. Najib Makin Panas Punggung. Pada 20 Julai, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengumumkan saman menyita aset 1MDB bernilai AS$1 bilion, susulan siasatan melibatkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang mendapati kecurian dan salah laku dana syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Khadem, bekas pengarah urusan International Petroleum Investment Company (IPIC), dinamakan pihak berkuasa AS bersama-sama anak tiri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho, dan dituduh terlibat dalam komplot melarikan wang 1MDB.

Berita Panas!!.. Najib Makin Panas Punggung


Penyiasat AS juga dalam usaha menyita hartanah bernilai AS$100 juta milik Khadem di negara itu, yang dipercayai dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...