Wednesday, 31 August 2016

Berita Mengejutkan Ini Menjejaskan PAS?

Berita Mengejutkan Ini Menjejaskan PAS?Penyertaan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dalam Amanah tidak menjejaskan PAS, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan Amanah terutama di Kelantan selepas penyertaan Husam dalam parti itu malam tadi.

“Nak tahu kuat ke, tak kuat ke, tunggu pilihan raya umum nantilah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kebangsaan 2016 di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh di sini, hari ini.

Berita Mengejutkan Ini Menjejaskan PAS? Husam, yang juga Adun Salor mengumumkan menyertai Amanah pada satu majlis makan malam di Cyberjaya malam tadi.

Beliau dipecat keahliannya dalam PAS pada April lalu, susulan lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-Umno.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu sedia berdepan dengan mana-mana parti termasuklah Amanah pada pilihan raya umum akan datang.


Berita Mengejutkan Ini Menjejaskan PAS?


Beliau berkata keputusan Husam untuk menyertai Amanah pilihannya sendiri selepas dibuang daripada PAS sebelum ini.



Iklan
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...