Tuesday, 30 August 2016

Berita Ini Membuatkan Umat Islam Berang.. Saksikanlah

Berita Ini Membuatkan Umat Islam Berang.. Saksikanlah. PAS dan Perkasa semalam mengecam penganjur sebuah anugerah tahunan yang Ahad lalu menamakan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria “pemenang” kategori “hina intelek” atas kenyataannya mewajibkan isteri sentiasa akur dengan suami dalam melakukan hubungan seks.

Dewan Pemuda PAS Perak berkata Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI) yang menganjurkan “Anugerah Aiyo Way Lah” setiap tahun itu menunjukkan mereka biadap dan jahil, dan menuntut tindakan daripada kerajaan ke atas apa yang dinamakannya golongan “songsang”.

Berita Ini Membuatkan Umat Islam Berang.. Saksikanlah. “Serangan pemikiran ini menatijahkan kesan yang buruk kepada umat Islam di Malaysia khususnya di Perak,” kata ketuanya Mohd Akmal Kamaruddin.

“Hujah yang dikeluarkan dalam isu tiada konsep rogol dalam perkahwinan adalah bertepatan dengan perihal munakahat berlandaskan syarak,” kata Akmal.

“Aiyo Way Lah” diadakan bagi memastikan pegawai awam bertanggungjawab ke atas kenyataan atau tindakan mereka, dan “pemenang” kerap dinamakan atas kenyataan dianggap seksis atau tidak masuk akal yang diucapkan sepanjang tahun.

Harussani dinamakan atas kenyataannya pada April 2015 yang mewajibkan isteri bersetuju mengadakan hubungan seks dengan suami walaupun “mereka menunggang di belakang unta”, memetik apa yang didakwanya sepotong hadis.

Berita Ini Membuatkan Umat Islam Berang.. Saksikanlah


Ia dipercayai ekoran kontroversi kes rogol yang dilakukan suami ke atas isteri.

Turut dinamakan dalam “anugerah” itu ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Dalam responnya semalam, Harussani mempertahankan kenyataannya, sambil membidas penganjur sebagai “jahil murakkab (berganda-ganda)”.

“Saya bercakap dari segi hukum syarak. Hukum mereka pula pelik, suami suruh isteri, isteri tak setuju buat apa. Apa makna kahwin. Itu lagi tak masuk akal. Gila punya pendapat,” kata Harussani kepada FMT semalam.

Sementara itu, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Dr Amini Amir Abdullah, berkata majlis anugerah itu tidak menghormati institusi ulama dan Islam di Malaysia.

“Tindakan ini tidaklah memberikan apa-apa makna kepada wanita kerana apa yang dikatakan sebagai diskriminasi terhadap wanita adalah tidak berdasarkan kepada penelitian yang utuh.

“Terdapat banyak lagi kaedah lain untuk memperjuangkan hak hak wanita bukannya mengambil tindakan yang bodoh seperti ini termasuk menghina ulama dan memperlekeh Jakim dan Jais,” katanya.

Berita Ini Membuatkan Umat Islam Berang.. Saksikanlah


Amini menuntut agar penganjuran anugerah itu dihentikan serta merta dan permohonan maaf terbuka dibuat terhadap mufti, kerajaan dan pihak berkuasa agama.

Perkasa turut mempersoalkan kaedah memilih “pemenang” itu kerana ia turut dilakukan oleh pengundi luar negara.

“Cara pemilihan pemegang ‘anugerah’ JAG dan GEI juga meragukan kerana hak mengundi untuk menentukan pemenang bagi 7 anugerah ini adalah terbuka di mana 1065 orang yang berumur 18 tahun ke atas termasuk pengundi dari Australia dan Amerika Syarikat telah mengambil bahagian untuk memilih pemenang ‘anugerah’ karut-marut mereka,” katanya.

“Hormatilah ulama dan semua pihak dan janganlah terikut-ikut dengan gerakan feminisme dan women’s liberation Barat,” kata Amini.

Berita Ini Membuatkan Umat Islam Berang.. Saksikanlah. “Kembalilah kepada Islam yang tulen dan jadikan musyawarah dengan semua pihak sebagai asas tindakan serta elakkan melakukan sesuatu secara semborono.”





Iklan
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...