Tuesday, 2 August 2016

Barisan Rakyat Nama Parti Baru Mahathir

Barisan Rakyat Nama Parti Baru Mahathir. Parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin dinamakan Barisan Rakyat (BR).

Malay Mail Online versi Mandarin memetik sumber sebagai berkata ia mungkin nama bagi parti baharu itu, jika tiada perubahan pada saat-saat akhir.

Ia turut melaporkan parti baharu itu akan diketuai bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dipecat daripada Umno pada 24 Jun lalu, manakala Dr Mahathir memainkan peranan sebagai penasihat.

Dr Mahathir pada 14 Julai lalu mengumumkan parti pembangkang turut mempersetujui penubuhan parti baharu itu untuk membentuk pakatan lebih besar bagi menjatuhkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.


Barisan Rakyat Nama Parti Baru Mahathir


Bagaimanapun, beliau tidak semestinya memegang jawatan dalam parti baharu itu, katanya.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...