Monday, 1 August 2016

Asal Usul Pembunuh Upahan Di Malaysia?

Asal Usul Pembunuh Upahan Di Malaysia?Kumpulan penjenayah kini menarik bekas anggota polis dan tentera yang dilucutkan atas masalah disiplin bagi menjalankan pembunuhan, menurut laporan The Malay Mail yang memetik sumber polis.

Ia mendakwa individu seperti itu menjadi pilihan kerana kebolehan mereka menggunakan senjata api. Ini bermakna mereka akhirnya bekerja untuk pihak yang satu ketika dulu diburunya.

Asal Usul Pembunuh Upahan Di Malaysia? Sumber polis itu berkata kesempitan wang merupakan punca mereka terjerumus dalam kumpulan jenayah.

“Tiba-tiba anda kehabisan wang, tetapi anda dilatih dalam menggunakan senjata api. Apa lagi yang boleh dilakukan mereka bagi menggunakan kebolehan luar biasa ini?” kata sumber itu dipetik Malay Mail.

Beberapa kejadian menembak mati di khalayak ramai semakin kedengaran kebelakangan ini, kebanyakannya melibatkan mangsa yang dikatakan terlibat dalam kegiatan jenayah berkumpulan.

Asal Usul Pembunuh Upahan Di Malaysia?


Minggu lepas, warga kota dikejutkan apabila empat penembak tiba dengan dua motorsikal di sebuah persimpangan dekat Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur.

Mereka melepaskan tembakan ke arah tingkap hadapan dan belakang sebuah kereta Honda Accord, melepaskan 18 tembakan yang membunuh pemandu, V. Kandasamy, yang merupakan anggota sebuah kumpulan bernama “Satu Hati”

Asal Usul Pembunuh Upahan Di Malaysia? Ini adalah kes kedua dalam tempoh sebulan, selepas seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun mati ditembak ketika beliau memandu di Taman OUG, Jalan Klang Lama, 6 Julai lalu.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...