Friday, 12 August 2016

Amanat Anwar Terhadap Muhyiddin Terbongkar

Amanat Anwar Terhadap Muhyiddin Terbongkar. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik penubuhan parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Bekas ketua pembangkang itu berharap pemimpinnya Tan Sri Muhyiddin Yassin memainkan peranan menggerakkan parti baru itu.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas sabitan kes liwat, berkata beliau akan mendengar berkaitan pembentukan parti baru itu.

Amanat Anwar Terhadap Muhyiddin Terbongkar. “Sekarang beliau harus gerakkannya,” katanya ketika diiring keluar daripada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas memberi keterangan dalam aduan qazaf terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Beliau diminta mengulas berkaitan parti itu yang dipimpin Muhyiddin sebagai presiden dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusinya.

Didaftarkan Selasa lalu, parti itu dilihat menyasarkan penyertaan anggota Umno yang tidak puas hati dengan kepimpinan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Amanat Anwar Terhadap Muhyiddin Terbongkar


BERSATU dilihat akan bekerjasama dengan pembangkang lain untuk menjatuhkan Najib dalam pilihan raya umum akan datang.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...