Tuesday, 23 August 2016

Akhirnya Ahli Parlimen Langkawi Mengaku Terlanjur

Akhirnya Ahli Parlimen Langkawi Mengaku Terlanjur. Selepas menerima bantahan ramai, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad akhirnya memohon maaf kepada Yang Di-Pertuan Agong kerana mengaitkan baginda dengan identiti “Malaysian Official 1” (MO1), salah satu dalang yang dituduh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mencuri dana 1MDB.

“Penyataan mohon maaf ini dibuat atas kesedaran dan rasa tanggungjawab saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dengan kerelaan hati saya sendiri.

Akhirnya Ahli Parlimen Langkawi Mengaku Terlanjur. “Ampun Tuanku, sembah patik pohon diampun,” tulis Nawawi dalam kenyataan 2 muka suratnya.

Minggu lalu, Nawawi dalam beberapa komen bersama pengguna Facebook berkata ungkapan “MO1” itu merujuk kepada Agong, dengan memberi alasan pegawai nombor satu negara menurut Perlembagaan Persekutuan adalah Agong.

“MO1 ialah Malaysian Official No 1. Mengikut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari 3 entiti utama yang berasingan dan independent iaitu 1) badan kehakiman diketuai chief justice atau ketua hakim negara 2) badan perundangan parlimen diketuai Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar dan 3) badan eksekutif diketuai oleh YAB Perdana Menteri.

Akhirnya Ahli Parlimen Langkawi Mengaku Terlanjur


“Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab pada DYMM Agong. Maka mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong,” tulisnya.

Posting itu bagaimanapun diubah menghilangkan rujukan kepada Agong.

Ia mencetuskan kemarahan, dengan pelbagai pihak menggesa pihak berkuasa menyiasat pemimpin Umno itu kerana menghina Agong. Nawawi bagaimanapun mendakwa kenyataannya diputar belit.

Sebelum ini, Nawawi berkata beliau akan hanya memohon maaf sekiranya diperintahkan berbuat demikian oleh Agong.

Dalam suratnya kepada Agong yang dimuat naik di Facebook hari ini, Nawawi berjanji akan berhati-hati dalam membuat sebarang komen di media sosial dan “tidak lagi menulis yang melibatkan DYMM Tuanku sebagai Sultan berdaulat yang disembah di Negara ini”.


Akhirnya Ahli Parlimen Langkawi Mengaku Terlanjur


“Untuk rakyat Malaysia, tak kira samada saya salah atau di pihak yang benar, saya memohon maaf yang menyebabkan berlaku kekeliruan ini,” katanya.

DOJ pada bulan lalu berkata lebih AS$3.5 bilion (RM14 bilion) dilencongkan daripada dana 1MDB yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009.

Tuntutan sivil AS itu mahu merampas AS$1 bilion (RM4 bilion) aset yang didakwa digelapkan itu dan dipindahkan ke Amerika Syarikat melalui syarikat kosong (shell companies).

Akhirnya Ahli Parlimen Langkawi Mengaku Terlanjur. Dokumen hasil siasatan DOJ tidak menamakan Najib, sebaliknya merujuk kepada “MO1”, yang dikatakan mempunyai pertalian dengan Riza Aziz, anak tiri Najib yang dituduh menyalahgunakan dana 1MDB.




Iklan
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...