Wednesday, 10 August 2016

Akar Umbi PKR Tolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia?

Akar Umbi PKR Tolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia? Beberapa pemimpin akar umbi PKR masih belum yakin sepenuhnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bakal diketuai bekas Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar membawa “agenda reformasi” seperti pembangkang.

Apatah lagi ia masih berasaskan kaum, yang menurut mereka tidak lagi relevan dengan kehendak semasa mahupun baik untuk demokrasi negara.

Akar Umbi PKR Tolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia? Ketua PKR Putrajaya Onn Abu Bakar mempersoalkan sama ada parti tersebut dapat memenuhi kehendak rakyat pelbagai kaum yang menginginkan perubahan menyeluruh terhadap sistem negara, bukan sekadar menjatuhkan kerajaan sekarang.

“Sesebuah parti mampu bertahan kerana idealisme dan daya juang yang tinggi. Parti berasaskan kaum tidak serasi dengan masa kini,” katanya kepada FMT.

Bersatu kini menunggu kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) selepas permohonan dihantar Muhyiddin, presiden jawatankuasa penaja parti itu.

Parti baharu naungan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu terbuka kepada semua kaum, bagaimanapun ahli bukan-Bumiputera tidak boleh mengundi atau bertanding untuk jawatan dalam parti.

Akar Umbi PKR Tolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia?


Minggu lalu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata partinya akan menyokong mana-mana parti yang membawa agenda reformasi.

“Yang penting ialah keberanian untuk melaksanakan program reformasi,” kata Azmin.

Onn berkata masih ada ahli PKR yang menyimpan kemarahan dengan Dr Mahathir dan ini boleh menimbulkan masalah dalam kerjasama kedua-dua parti pada masa akan datang.

“Ramai ahli yang masih menunggu untuk melihat sejauh mana kemampuan parti baru ini. Tidak dinafikan ada yang masih marah dengan Mahathir, luka sudah hilang tetapi parut masih ada,” katanya.

Bekas setiausaha PKR Kemaman, Wan Anies Adnan berkata parti baharu itu harus membuktikan kesungguhan dalam melakukan perubahan seperti membanteras rasuah, pemisahan kuasa dan kebebasan media.

Akar Umbi PKR Tolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia?


“Jika semua ini boleh dijelaskan dengan baik, kami ahli akar umbi PKR tiada masalah untuk bekerjasama dengan mereka,” katanya sambil menegaskan Bersatu harus menjadi rakan setara dengan parti pembangkang, bukannya menjadi “abang besar” kepada mereka.

Beliau juga menyatakan kerisauan berhubung ahli Umno yang berkemungkinan besar menyertai parti baharu itu nanti.

Akar Umbi PKR Tolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia? “Walaupun ia positif untuk pembangkang, tetapi ahli yang bagaimana yang mahu ditarik mereka? Ahli yang kecewa kerana tidak mendapat dedak atau yang benar-benar hendak melakukan perubahan?” soalnya.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...