Wednesday, 3 August 2016

Akan Berlaku Kejutan Besar Di Terengganu?

Akan Berlaku Kejutan Besar Di Terengganu? Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berkata tiada sebarang kejutan akan berlaku di negeri itu.

“Tiada isu pilihan raya negeri dibincangkan dan pentadbiran berjalan dengan baik malah mendapat sokongan exco,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Akan Berlaku Kejutan Besar Di Terengganu?  Razif berkata segala spekulasi yang ditimbulkan pihak tertentu dalam tempoh terdekat ini hanya cubaan untuk mengeruhkan keadaan menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 8 Ogos ini.

“Saya tak dapat makluman sepenuhnya tentang perkara ini, tindakan yang perlu kami buat adalah secara bersama. Saya rasa tidak ada apa-apa isu, saya harap media tidak panjangkan isu ini kerana saya lihat Terengganu tiada sebarang masalah,” katanya ketika ditanya pemberita berhubung isu kepimpinannya.

Beliau menafikan timbul desakan supaya beliau meletakkan jawatan kerana katanya keadaan semasa masih stabil dan mendapat sokongan pemimpin lain.

Akan Berlaku Kejutan Besar Di Terengganu? 


“Saya tiada makluman ada desakan ke atas saya. Saya tidak tahulah macam mana media boleh timbulkan isu ini kerana saya katakan Terengganu berada dalam keadaan terkawal, politik kita stabil. Ini desas-desus yang cuba ditimbulkan menjelang sidang DUN,” katanya.

Mengenai khabar angin yang menyatakan beliau mengadakan mesyuarat tergempar membabitkan exco dan wakil rakyat, Razif berkata:”Itu tidak betul. Itu mesyuarat sebelum sidang DUN. Itu jadual awal kita, ia tiada kena mengena, ia mengenai sidang DUN. Yang kita bincang semalam tentang soalan dan Undang-undang Tetap Dewan.”

Menteri besar yang kelihatan tenang ketika menjawab pelbagai soalan diajukan pemberita berkata, sehingga kini tiada sebarang notis undi tidak percaya diterima yang mahu beliau meletak jawatan.

“Tidak ada apa-apa. Jika hendak timbulkan isu ia mesti 14 hari notis, sekarang tiada apa-apa isu. Tiada kemungkinan. Kerajaan kita stabil cuma mungkin ada pihak yang cuba mencetuskan (sesuatu),” katanya.

Akan Berlaku Kejutan Besar Di Terengganu? 


Mengulas tentang teguran Adun Ajil Ghazali Taib terhadap kepimpinannya, katanya beliau akan mengkaji perkara tersebut secara bersama dan Ghazali hanya melontarkan pandangan peribadi beliau.

Razif berkata tindakan Ghazali itu bukanlah satu perkara yang perlu diperbesar-besarkan dan Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu dan kerajaan negeri tidak akan mengambil sebarang tindakan namun terpulang kepada pihak tertinggi parti.

“Saya tak tahu apa sebenarnya yang ditimbulkan, itu mungkin pandangan peribadi beliau dalam soal tindakan perlu diambil terhadap bekas Menteri Besar (Datuk Seri) Ahmad Said, tetapi bagaimanapun kami akan selesaikan perkara ini,” katanya.

Akan Berlaku Kejutan Besar Di Terengganu?  Semalam, Ghazali dalam kenyataannya kepada media, meminta supaya kepimpinan tertinggi Umno mengambil pendekatan dan tindakan segera menyelesaikan apa yang dianggapnya kemelut pentadbiran negeri.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...