Wednesday, 13 July 2016

YDP PAS Rantau Panjang Saman Pemimpin PAS


YDP PAS Rantau Panjang Saman Pemimpin PAS. Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun hari ini memfailkan saman injunksi kepada syarikat Galeri Tani, milik pemimpin Pas, yang memilik sekeping tanah di Rantau Panjang.

Antara pemilik Galeri Tani ialah bekas bendahari Pas Pusat yang juga bekas TMB Kelantan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Perkara ini dimaklumkan oleh bekas naib presiden Pas yang dipecat, Datuk Husam Musa dalam satu kenyataannya hari ini.

YDP PAS Rantau Panjang Saman Pemimpin PAS.  "Saya tidak berapa arif bagaimana dua orang kuat Pas itu boleh memiliki tanah baki dari apa yang telah dijual yang keluasannya masih ratusan ekar," kata Husam dalam kenyataan itu.

Husam juga berkata, tanah itu milik peribadi dan bukan milik Pas.

"Bagaimana orang Terengganu boleh mendapatkan tanah di Kelantan? Dari mana mereka mendapat wang membeli tanah seluas itu?

"Bagaimana sebahagian tanah menjadi milik  parti dan sebahagian lagi tanah di tempat yang sama menjadi milik individu yang ada kaitan dengan parti?" soal beliau.

YDP PAS Rantau Panjang Saman Pemimpin PAS


Namun Husam dalam kenyataannya berkata, beliau tidak tahu, apakah Pas juga akan memecat Fatah kerana mendakwa orang kuat Pas ini.

Husam berada di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini untuk untuk menyambung keterangan sebagai saksi dalam kes saman oleh kontraktor Lebuh Raya Rakyat KB-KK ke atas anak syarikat Kerajaan Kelantan.

YDP PAS Rantau Panjang Saman Pemimpin PAS. "Kerana memberi keterangan di mahkamah ini sebelum ini, saya dituduh memberikan keterangan  secara bias, berniat serong dan mensabotaj Kerajaan Negeri - sampai membawa kepada pemecatan saya," katanya.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...