Friday, 15 July 2016

Umno Terus Berkuasa Selepas PRU14.. Ini Buktinya

Umno Terus Berkuasa Selepas PRU14.. Ini Buktinya. Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sekiranya Pakatan Harapan meminggirkan PAS, kata aktivis Datuk Dr Ahmad Farouk Musa.

Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) itu berkata demikian kerana hingga ke saat ini, PAS mempunyai penyokong komited dan tegar.

Umno Terus Berkuasa Selepas PRU14.. Ini Buktinya. “Tidak ada mana-mana penyokong parti di Malaysia yang sanggup korbankan masa, wang dan tenaga untuk parti melainkan penyokong PAS.

“Mana ada orang akan panjat pokok kelapa untuk pasang bendera melainkan penyokong PAS dan mereka tidak lakukan itu demi wang,” katanya.

Dalam wawancara bersama FMT baru-baru ini, Farouk menjelaskan selagi pergelutan kerusi berlaku antara PH dan PAS, selagi itulah blok pembangkang tidak mampu menewaskan BN.

Umno Terus Berkuasa Selepas PRU14.. Ini Buktinya


“Jika dilihat secara praktikal, tidak. Mustahil Amanah mampu membawa perubahan dalam PRU14.

“Bagi saya Umno akan terus kekal berkuasa dalam PRU14. Walaupun ia diadakan sekarang atau dua tahun lagi.

“Masa terlalu suntuk, dan selagi PAS berkecuali dan berlaku tiga penjuru, selagi itulah tidak akan ada kemenangan di pihak pembangkang,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, menyeru “gencatan serangan” dilakukan supaya fokus dialihkan kepada musuh sebenar iaitu BN.


Umno Terus Berkuasa Selepas PRU14.. Ini Buktinya


Kenyataan itu disambut baik pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang bersedia menyediakan ruang perbincangan meja bulat buat semua parti-parti pembangkang yang komited kepada agenda perubahan termasuk PAS.

Umno Terus Berkuasa Selepas PRU14.. Ini Buktinya. Bagaimanapun, beberapa pemimpin dari Amanah dan DAP berhati-hati dengan kenyataan Tuan Ibrahim, sebaliknya mahu pendirian rasmi yang jelas yang turut melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...