Monday, 18 July 2016

Umno Sabah Makin Goyah.. Ini Buktinya?

Umno Sabah Makin Goyah.. Ini Buktinya?Sebanyak 13 Bahagian Umno Sabah akan membuat keputusan pada masa terdekat untuk meninggalkan parti itu selama-lamanya.

Ahli Jawatankuasa Umno Kota Belut, Joseph P Andau dalam pendedahannya itu berkata, Umno Sabah sedang kucar-kacir ekoran pemecatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Naib Presiden parti tersebut.

"Selebihnya (12 Bahagian Umno Sabah) adalah mereka orang kesetiaan Musa Aman (Pengerusi Umno Sabah juga Ketua Menteri Sabah) dan Najib Razak," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Umno Sabah Makin Goyah.. Ini Buktinya? Menurut Joesph, kewibawaan pemimpin seperti Shafie Apdal yang disifatkannya mewarisi karisma Allahyarham Ketua Menteri Sabah ketiga (1967 - 1975), Tun Datu Mustapha Datu Harun adalah sukar ditandingi.

"Jika adapun, pemimpin-pemimpin Umno di Sabah hanya layak digelar pemimpin 'sontoloyo gatel pak loso' (bebal dan pak turut). Mereka hanya pandai membodek mengampu dan angkat kaki si Najib itu saja kebolehan mereka yang ada.

Umno Sabah Makin Goyah.. Ini Buktinya?


"Diharap Musa Aman, Salleh Kepala Burung Keruak (Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah), Abdul Rahman Dahalan (Pengarah Komunikasi Strategik BN) jangan cakap takbur nanti jadi kufur sekarang mereka susah nak tidur malam kerana asyik memikirkan kedudukan Umno di Sabah yang bakal lenyap" bidasnya.

Bukan sahaja Umno, Joesph turut memberitahu Parti Bersatu Sabah (PBS) UPKO-PBRS juga dijangka meninggalkan BN kerana dikatakan akan menyertai DAP, PKR dan AMANAH pada Pilihan Raya Umum ke-14 untuk membantu menumbangkan Umno-BN di Sabah.

Umno Sabah Makin Goyah.. Ini Buktinya? "Sementara suku-suku bangsa Bajau-Suluk-Cina Kadazan-Dusun dan Murut akan bangkit menolak Umno-BN daripada terus menjadi kerajaan yang bersifat kuku besi dan diktator," tambahnya lagi.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...