Wednesday, 20 July 2016

Umno Garu Kepala Dengan Pendirian MB Selangor

Umno Garu Kepala Dengan Pendirian MB Selangor. Sokongan 13 wakil rakyat Pas Selangor terhadap cadangan gencatan serangan sesama pembangkang seperti disaran Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah perkembangan yang baik, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau melahirkan rasa gembira dengan sokongan wakil Pas terhadap Tuan Ibrahim ini menunjukkan semua parti mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik.

Umno Garu Kepala Dengan Pendirian MB Selangor. "Wakil rakyat Pas sokong timbalan presiden Pas, Alhamdulillah.

"Apabila wakil rakyat Pas di Selangor mengambil ketetapan mendukung dan menyokong timbalan presiden mereka itu satu perkembangan yang baik supaya semua parti harus melihat kepentingan negara, negeri dan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan parti yang lain," kata beliau ketika ditemui di Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Malah menurut timbalan presiden PKR itu juga, beliau merupakan antara orang pertama yang menyokong cadangan agar semua pembangkang bersatu itu.

Umno Garu Kepala Dengan Pendirian MB Selangor


"Bila ada cadangan daripada Tuan Ibrahim untuk mengambil sikap yang lebih terbuka dan kembali ke meja rundingan saya antara orang yang pertama mendukung usaha ini dan memberikan sokongan termasuk beberapa pimpinan yang lain," katanya lagi.

Tuan Ibrahim minggu lalu mencadangkan agar pembangkang membuat gencatan serangan dan bekerjasama semula dengan memberikan tumpuan kepada musuh bersama iaitu Umno dan Barisan Nasional (BN).

Naib presiden Pas Datuk Iskandar Abd Samad kemudiannya membuat kenyataan terbuka menyokong cadangan tersebut.

Kelmarin, 13 Adun dan ahli parlimen Pas Selangor pula menandatangani kenyataan terbuka menyokong cadangan itu dan akan menghantar surat kepada pimpinan tertinggi Pas.

Umno Garu Kepala Dengan Pendirian MB Selangor


Azmin juga berkata, kerajaan negeri yang dipimpin beliau akan mempertahankan mandat yang diberikan rakyat atas nama Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 13.

"Ketika itu atas nama Pakatan Rakyat. Rakyat membuat pilihan dan saya sebagai menteri besar bertanggungjawab mempertahankan mandat yang diberikan oleh rakyat.

"Sekarang ini semua parti politik harus bekerjasama untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan kita boleh bincang soal pengagihan kerusi dan manifesto bila menjelang pilihan raya esok. Pilihan raya lambat lagi.

Umno Garu Kepala Dengan Pendirian MB Selangor. "Sekarang kita tumpu kerja. Saya telah menyatakan pendirian kita nak kerja nak bangunkan negeri selangor, nak memberi khidmat kepada rakyat kerana itu amanah yang diberikan kepada saya dan semua parti," katanya.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...