Sunday, 3 July 2016

Umno Bahagian Mana Bakal Dibubar?

Umno Bahagian Mana Bakal Dibubar? Ketua Umno Bahagian Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin dilaporkan menafikan lebih 100 ahlinya keluar parti.

Beliau dipetik berkata, barisan kepimpinan Umno Sabah mempunyai hubungan yang kuat dengan ahli di peringkat akar umbi.

Menurut seorang ahli yang mahu dikenali sebagai Aksyah, Umno Bahagian Kinabatangan mempunyai kira-kira 23,400 ahli dan jika hanya 100 yang keluar parti semalam, ia tidak menjejaskan parti.

Umno Bahagian Mana Bakal Dibubar?  "Mereka ingat kalau keluar beramai-ramai Umno Bahagian ini boleh dibubarkan? Tidak, sangkaan itu meleset sama sekali.

"Bahkan, kita semakin kuat dan utuh dengan tiadanya golongan penderhaka," katanya seperti dilapor MalaysiaGazette hari ini.

Media semalam melaporkan, lebih 100 Ketua Cawangan Umno Bahagian Kinabatangan didakwa meletak jawatan dan keluar parti di Sandakan.

Wakil Ketua Cawangan UMNO Kinabatangan, Mahmod Hasan dilaporkan berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menggantung keahlian dan jawatan Datuk Seri Shafie Apdal.


Umno Bahagian Mana Bakal Dibubar? 


Mahmod turut mendakwa akan lebih ramai ketua cawangan dan ahli keluar Umno dalam tempoh terdekat.

Menurut Aksyah, Umno Bahagian itu langsung tidak goyang dan apa yang dilaporkan dalam media semalam adalah dakwaan tidak berasas serta bukan gambaran sebenar Umno Kinabatangan.

"Apabila prinsip berorganisasi tidak difahami dan dihayati, beginilah jadinya. Pemimpin datang dan pergi, tapi yang mesti kekal dan kental adalah parti.

"Ayuh, sama-sama kita pertahankan parti keramat ini," katanya penuh semangat.

Umno Bahagian Mana Bakal Dibubar?  Pada 27 Jun lalu Umno Bahagian Semporna dibubarkan dengan peletakan jawatan beramai-ramai pemimpin kawasan tersebut sebagai bantahan terhadap keputusan Majlis Tertinggi itu.



Mohon sumbangan









No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...