Tuesday, 12 July 2016

Theresa May Perdana Menteri Wanita Kedua Britain

Theresa May Perdana Menteri Wanita Kedua Britain. Theresa May, 59, akan menjadi Perdana Menteri baharu Britain pada 13 Julai ini, kata Perdana Menteri David Cameron, semalam.

Pengumuman itu dibuat selepas pesaing May, Andrea Leadsom menarik diri dan tidak mahu bertanding untuk merebut jawatan sebagai pemimpin Britain.

May akan menjadi wanita kedua memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Britain selepas Margaret Thatcher menyandang jawatan itu pada tahun 1979.

Theresa May Perdana Menteri Wanita Kedua Britain. “Kita akan mempunyai perdana menteri baru di bangunan di belakang saya ini menjelang malam Rabu,” kata Cameron di Downing Street.

Menurut Cameron, dia akan mempengerusikan mesyuarat kabinetnya yang terakhir pada hari ini dan akan menjawab segala persoalan yang timbul dalam satu sesi soal jawab selama 30 minit, esok.

Theresa May Perdana Menteri Wanita Kedua Britain


Selepas selesai sesi soal jawabnya esok, Cameron akan berangkat ke Istana Buckingham untuk melepaskan jawatannya secara rasmi.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...