Tuesday, 26 July 2016

Tanpa Disangka-Sangka, Mahathir Bikin Gempar Lagi..

Tanpa Disangka-Sangka, Mahathir Bikin Gempar Lagi. Bekas editor kanan New Straits Times, Firdaus Abdullah meramalkan beberapa pemimpin tertinggi Umno akan beralih kepada pembangkang ekoran tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas berbilion-bilion aset yang didakwa disalah gunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB.

Laporan South China Morning Post hari ini memetik Firdaus sebagai berkata, para pemimpin Umno itu telahpun memulakan perbincangan dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tanpa Disangka-Sangka, Mahathir Bikin Gempar Lagi. "Umno dalam keadaan gundah-gulana. Beberapa pemimpin kanan parti itu telah mula 'berbincang' dengan Mahathir," ujar Firdaus, memetik laporan yang sama.

"Di kalangan mereka ialah ahli-ahli Umno kanan, anggota-anggota kabinet dan para pemimpin parti komponen BN," dakwanya tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Baru-baru ini, Mahathir mengumumkan penubuhan parti politik baru yang akan membawa agenda 'Selamatkan Malaysia' dan menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Tanpa Disangka-Sangka, Mahathir Bikin Gempar Lagi


Mahathir yang merupakan ahli veteran Umno akhirnya keluar parti itu pada bulan Februari yang lalu.

Kata beliau, penubuhan parti itu akan menarik mereka yang mungkin tidak menyokong parti-parti pembangkang sedia ada.

South China Morning Post turut memetik kenyataan bekas menteri persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, Umno kini semakin tertekan tetapi ahli-ahli mungkin mengambil sedikit masa untuk melompat parti.

Tanpa Disangka-Sangka, Mahathir Bikin Gempar Lagi. "[Ahli Umno] malu-malu. Ia akan berlaku tetapi perlahan-lahan. Saya rasa Najib akan didakwa oleh Amerika Syarikat, dan kemudian kamu akan lihat orang melompat parti," jelas Zaid.

Malaysiakini sedang cuba untuk menghubungi para pemimpin Umno untuk mengulas mengenai perkara ini.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...