Saturday, 30 July 2016

SPRM Warning Politikus Dan Hakim

SPRM Warning Politikus Dan Hakim. Tahun lalu memperlihatkan pelbagai peristiwa dramatik dilalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hinggakan pada suatu ketika kakitangannya mengadakan solat hajat.

Hari ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sekali lagi memberi pesanan dengan mengingatkan orang ramai kepada tuhan.

Berucap di majlis perpisahan di Putrajaya beliau berkata semua orang termasuk ahli politik, hakim dan pegawai-pegawainya akan dipertanggungjawabkan di akhirat.


SPRM Warning Politikus Dan Hakim. Kata Mohd Shukri mereka perlu sentiasa jujur dalam tugasan masing-masing kerana pada akhirnya akan ada balasan menanti di akhirat.


Nasihat saya kepada para hakim, jatuhkanlah hukuman seadil-adilnya kerana semua pihak - sesiapapun terlibat - satu hari nanti kita akan bertemu hakim yang Maha Adil yang akan menjatuhkan hukuman pada kita.

“Pada waktu itu, semua orang - termasuk saya - akan jadi saksi terhadap diri kita sendiri, (juga) menjadi peguam bela ke atas diri kita.

"Sesungguhnya hukuman itu akan menjadi hukuman yang paling adil berdasarkan apa yang kita lakukan di muka bumi," katanya.

Sebagai agensi antirasuah SPRM sentiasa menjadi perhatian ramai. Namun pada tahun lalu tumpuan itu semakin meningkat ekoran pembabitan mereka menyiasat isu berkaitan syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB.


SPRM Warning Politikus Dan Hakim


Siasatan itu menyaksikan berlaku ketegangan antara SPRM dengan polis termasuk serbuah ke atas Bahagian Operasi Khas SPRM.

Dipindah ke JPM

Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan dakwaan pembocoran kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin turut dipindahkan dari agensi berkenaan ke Jabatan Perdana Menteri secara mengejut.

Bagaimanapun selepas mendapat kritikan ramai perpindahan itu kemudian dibatalkan. Bahri kemudian kembali ke bahagian berkenaan.


Solat hajat dilakukan SPRM antara lain untuk memohon kepada Allah supaya mereka diberi kekuatan untuk "melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin".

Hari ini selain Mohd Shukri, ketua suruhanjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Mustafar Ali turut diraikan kakitangan agensi berkenaan.

Abu Kassim akan menamatkan perkhidmatannya mulai 1 Ogos manakala Mustafar dipindahkan menjadi ketua pengarah Jabatan Imigresen Malaysia mulai tarikh sama.

Mohd Shukri kemudian melanjutkan pesanannya: "Kepada orang-orang politik, menteri-menteri wakil-wakil rakyat dan sesiapa sahaja yang dalam politik, ingatlah tuan-tuan di atas sana kerana rakyat.

SPRM Warning Politikus Dan Hakim


“Utamakan rakyat, berkhidmatlah dengan seikhlas hati dan penuh berintegriti (kerana) ingatlah satu hari nanti rakyat akan menjadi saksi apabila bertemu Pencipta kita," katanya.

Ketika itu kata Mohd Shukri tiada apa pun yang akan membantu mengubah ketetapan dibuat-Nya, termasuk jawatan atau sebarang bentuk konspirasi.

Suara Mohd Shukri kedengaran sebak ketika mengucapkan ayat berkenaan.

Orang ramai di dewan itu menjadi semakin beremosi apabila Mohd Shukri mula memberi nasihat kepada pegawainya dengan berkata mereka harus jujur menjalankan tanggungjawab dan tidak gentar melawan rasuah.

“Kepada anak buahku, buatlah kerja dengan betul tanpa rasa takut dan gentar kerana di SPRM bukanlah tempat untuk pegawai-pegawai yang kecut, penakut dan gentar.

“Peliharalah kebebasan SPRM (untuk) mencegah rasuah. (Ia) bukan kerja yang mudah (kerana) banyak cabaran dan dugaan (didepani tetapi) hadapilah rintangan ini dengan penuh cekal dan tabah,” katanya.

SPRM Warning Politikus Dan Hakim. Bunyi esakan daripada kakitangan SPRM dapat didengar pada ketika itu.





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...