Thursday, 21 July 2016

Skandal 1MDB, Rakyat Malaysia Ditipu Besar-Besaran

Skandal 1MDB, Rakyat Malaysia Ditipu Besar-Besaran. Dana 1MDB telah digunakan untuk membayar hutang perjudian di Las Vegas, kata penyiasat Amerika Syarikat.

"Dana dicuri atas alasan bahawa ia adalah pelaburan 1MDB dalam penerokaan minyak.

"Atas kertas AS$1 bilion adalah untuk hak sumber, namun (ia) digunakan untuk kekayaan peribadi.. (termasuk) hutang perjudian di kasino Las Vegas, kapal layar mewah, hiasan dalaman di London, jutaan dalam hartanah termasuk jet Bombardier bernilai AS$35 juta," kata Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Andrew McCabe.

Skandal 1MDB, Rakyat Malaysia Ditipu Besar-Besaran. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung aduan awam dibuat oleh jabatan itu untuk merampas kira-kira AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengan 1MDB.

"Rakyat Malaysia ditipu pada skala besar-besaran (dalam) satu skim yang hampir berlaku di seluruh dunia," katanya.


Skandal 1MDB, Rakyat Malaysia Ditipu Besar-Besaran


Aset-aset lain yang disenaraikan oleh jabatan itu untuk diambil tindakan undang-undang yang difailkan hari ini termasuk:

Karya seni dari Claude Monet dan Vincent Van Gogh;

Pelaburan AS$250 juta dalam Parklane Hotel, New York;

Pelaburan A$176,000,000 dalam EMI Music;

Nilai hartanah AS$100 juta di Amerika Syarikat, United Kingdom dan tempat lain, termasuk sebuah rumah agam di Beverly Hills, sebuah kondominium di New York dan rumah di United Kingdom; dan

Kutipan hasil filem 'The Wolf of Wall Street' yang haknya dimiliki Red Granite.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...