Thursday, 21 July 2016

Sindiket Pembunuh Upahan Kecundang

Sindiket Pembunuh Upahan Kecundang. Satu sindiket pembunuh upahan tumpas susulan penahanan lapan suspek dalam kes kematian ejen hartanah wanita ditembak mati di Taman OUG dua minggu lalu.

Sumber yang dipetik Oriental Daily berkata, empat daripada lapan suspek itu menganggotai satu sindiket pembunuh upahan berbangsa India yang beroperasi di negara ini sekian lama.

Sindiket Pembunuh Upahan Kecundang. “Semua suspek India yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau dengan seorang daripadanya dipercayai berperanan sebagai orang tengah sindiket itu yang berhubung dengan pelanggan,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu, siasatan awal mendapati upah yang dikenakan sindiket itu bergantung kepada latar belakang sasaran mereka bermula daripada RM10,000 sehingga maksimum RM80,000.

“Siasatan mendapati, dalang utama membayar RM50,000 kepada sindiket itu untuk ‘mengambil’ nyawa mangsa,” katanya.

Sindiket Pembunuh Upahan Kecundang


Polis sedang menyiasat jika sindiket pembunuh upahan itu ada kaitan dengan kes tembakan yang berlaku di seluruh negara kebelakangan ini.

Sementara itu, Sin Chew Daily melaporkan seorang daripada suspek yang ditahan semalam adalah penyerang dalam kes tembakan di Taman OUG itu, manakala seorang lagi bertindak sebagai orang tengah sindiket terbabit.

Menurut laporan akhbar itu, polis masih menyiasat jika penyerang yang ditahan itu adalah penembak atau penunggang motosikal, selain turut memburu seorang lagi penyerang bermotosikal dalam kes itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang dipetik Bernama berkata, lapan suspek berusia 20 hingga 50 tahun itu direman tujuh hari bermula semalam.

“Dengan penahanan kesemua suspek, polis percaya kes ini sudah selesai dan kami sedang melengkapkan kertas siasatan,” katanya pada sidang media sempena Persidangan Aseanapol ke-36 di Bukit Aman, hari ini.


Sindiket Pembunuh Upahan Kecundang


Empat suspek berbangsa Cina dan baki lagi empat suspek berbangsa India ditahan di sekitar Kuala Lumpur dan Perak oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, semalam.

Datin Renyce Wong Siew Ling, 32, maut akibat ditembak mati dua lelaki bermotosikal dari jarak dekat di Taman OUG, Jalan Klang Lama kira-kira jam 2.30 petang 6 Julai lalu.

Satu daripada lima das tembakan itu terkena leher mangsa, manakala anak perempuannya berusia 8 tahun yang berada di tempat duduk hadapan penumpang turut cedera dalam kejadian itu.

Sindiket Pembunuh Upahan Kecundang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa dilaporkan sebagai berkata, seorang daripada lapan suspek yang ditahan polis di Kuala Lumpur dan Perak semalam adalah peniaga jubin seramik berbangsa Cina.

Jelasnya, suami mangsa memberitahu polis lelaki pertengahan umur itu menghilangkan diri selepas isterinya menyerahkan RM500 juta untuk dilaburkan dalam perniagaan jubin seramik.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...