Serangan Trak Di Perancis. Sekurang-kurangnya 73 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila seorang penyerang memandu trak dan merempuh orang ramai yang berhimpun menyaksikan pertunjukan bunga api sempena sambutan Hari Bastille di sini.
Kerajaan Perancis bagaimanapun menafikan wujudnya insiden tebusan selepas serangan di bandar pusat peranginan ini di selatan Perancis.
"Tidak ada tebusan," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Pierre-Henry Brandet kepada AFP, sekali gus menafikan puluhan khabar angin selepas kejadian.
Serangan Trak Di Perancis. "Seorang individu memandu trak ke arah orang ramai dan suspek sudah dibunuh polis," katanya.
"Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada individu itu bertindak sendirian atau punya rakan subahat yang mungkin melarikan diri," kata Brandet.
Penyiasat antikeganasan kini mengambil alih siasatan, kata pendakwa raya.
Serangan Trak Di Perancis
Perancis berdarah lagi
Nice, Perancis: Sekurang-kurangnya 77 terbunuh apabila sebuah lori dipercayai dipandu oleh pengganas merempuh orang ramai yang sedang menonton pertunjukan bunga api pada Hari Bastille, awal pagi ini.
Serangan Trak Di Perancis
Menurut laporan AFP, pemandu lori itu ditembak mati selepas membuat rempuhan sepanjang dua kilometer di Promanade des Anglais.
Pihak berkuasa berkata, mereka mendapati pemandu lori terbabit adalah warga Perancis berbangsa Tunisia berusia 31 tahun, menerusi penemuan kad pengenalan yang ada pada suspek.
Katanya, mereka juga menemui sebahagian besar senjata api di dalam lori tersebut.
"Seorang individu memandu lori ke arah orang ramai dan suspek mati ditembak polis," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Pierre-Henry Brandet.
No comments:
Post a Comment
Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..