Sunday, 10 July 2016

Sarawak Report Dedah Tembelang Najib Lagi..

Sarawak Report Dedah Tembelang Najib Lagi. Polis harus segera menyiasat bagaimana Sarawak Report, laman web yang berpangkalan di London, memperoleh sebahagian daripada kandungan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata siasatan itu harus dilakukan dengan kadar segera bagi memastikan ketirisan dokumen rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) tidak berleluasa, kerana ia boleh menjejaskan keselamatan negara.

Sarawak Report Dedah Tembelang Najib Lagi. “Beberapa dokumen kerajaan adalah ditakrifkan sebagai dokumen rahsia di mana ia diletak bawah OSA.

Adanya akta seperti ini adalah untuk memastikan keselamatan negara.“Laporan bahawa Sarawak Report mempunyai dokumen yang dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi patut disiasat oleh polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salleh berkata sekiranya dikenal pasti sumber ketirisan tersebut, individu yang terlibat dan organisasi yang bersekongkol boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Sarawak Report Dedah Tembelang Najib Lagi


Tanpa tindakan yang sewajarnya, integriti dan kedaulatan negara boleh tercabar, katanya.

Semalam Malaysiakini melaporkan bahawa Sarawak Report telah menyiarkan sebahagian daripada kandungan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB lapor Bernama.






2 comments:

  1. Wajar kah Kerajaan menguna kuasa nye untuk melindungi 'kesalahan' yg di lakukan nye?
    Seandainya dibolehkan, bukan kah ia penyalahan pengunaan kuasa?
    Saya bertanyakan soalan ini kerana 'kelihatan' seolah olah akta OSA diguna pakai untuk melindungi 'kesalahan'(sekiranye ia benar kesalahan...perihal kes Sarawak Report terhadap 1MDB).
    Kalau saya menjadi pemerintah (pasti tidak), saya akan beri ganjaran kepada sesiapa yang berjaya mendedahkan sebarang kesalahan di pihak pemerintah kerana saya mahu memerintah negara ini dengan betul2 telus kearah kesejahteraan, kemakmuran dan kejayaan untuk semua.

    ReplyDelete
  2. Eloklah disiasat dan didakwa siapa yg mendedahkannya disampaing itu mengesahkan bahawa apa yg didedahkan itu adalah benar belaka.. Harap jangan jadi kes mat saleh penjual maklumat yg sebelum ni diwar-warkan oleh KPN akan diambil tindakan keras tetapi akhirnya senyap..mungkin apa yg didedahkannya adalah maklumat original yg boleh menyumbat seseorang keistana sg buluh.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...