Thursday, 7 July 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016, Trafik Perlahan Setakat 6 Petang

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016, Trafik Perlahan Setakat 6 Petang.  Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan setakat jam 6 petang ini berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya kerana sambutan Aidilfitri. 

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik perlahan di Terowong Menora ke Kuala Kangsar, Bukit Tinggi menuju ke Genting Sempah dan ke Plaza Tol Gombak dari arah Kuala Lumpur. 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016, Trafik Perlahan Setakat 6 Petang.  Sementara itu Jurucakap PLUS Malaysia Bhd berkata trafik perlahan di Ayer Keroh menuju ke Jasin dan Tangkak.

"Selain itu, trafik juga dilaporkan perlahan dari Kulai menuju ke arah Sedenak disebabkan jumlah trafik tinggi," katanya. 

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016, Trafik Perlahan Setakat 6 Petang


Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...