Monday, 1 August 2016

Sah!! Pilihanraya Pulau Pinang Tak Jadi

Sah!! Pilihanraya Pulau Pinang Tak Jadi. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak akan meneruskan rancangannya untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu.

"Ini kerana PKR tidak bersetuju dengan cadangan tersebut," kata Lim pada sidang akhbarnya, hari ini.

Beberapa hari yang lalu, PKR menyatakan rasa belum cukup yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya negeri di Pulau Pinang.

Sah!! Pilihanraya Pulau Pinang Tak Jadi. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, walaupun keputusan itu diambil sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP), mereka akan tetap meneruskan perbincangan mengenainya dengan parti lain dalam Pakatan Harapan.

"Selepas perbincangan menyeluruh, termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat memutuskan secara sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut," katanya.

Cadangan tersebut telah menyebabkan berlakunya beberapa pertikaman lidah antara pemimpin DAP dan PKR yang menggusarkan banyak pihak.

Sah!! Pilihanraya Pulau Pinang Tak Jadi


Cadangan itu juga mendapat bantahan banyak pihak lain terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang secara jelas menyatakan tentangan terhadap rancangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Lim berkata, keputusan itu dibuat setelah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali memaklumkan kepada beliau bahawa pimpinan parti itu tidak bersetuju untuk mengadakan pilihan raya awal.

"Semasa pertemuan dengan Azmin dan beberapa pemimpin utama PKR pada 20 Julai yang lalu, PKR menyatakan kebimbangan kehilangan lebih banyak kerusi berbanding DAP.

Sah!! Pilihanraya Pulau Pinang Tak Jadi


"PKR mencadangkan DAP menyerahkan satu atau dua kerusi di bahagian pulau kepada PKR untuk lebih menyakinkan cadangan itu, bagaimanapun, kita merasakan ia tidak mungkin berlaku," katanya dalam kenyataan.

Justeru, ekoran ketidak setujuan PKR mengenai pilihan raya tersebut, DAP tidak akan meneruskan rancangan itu walaupun Parti Amanah Negara (AMANAH) telah bersetuju mengenainya.

Sah!! Pilihanraya Pulau Pinang Tak Jadi. Pengumuman Lim hari ini pastinya menyebabkan banyak pihak menarik nafas lega walaupun Gerakan telah bersedia untuk meletakkan 13 calon untuk bertanding, selain PAS yang turut bersedia untuk bertanding jika pilihan raya itu diadakan.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...