Friday, 29 July 2016

Rupanya Ini Punca PKR Tidak Berapa Setuju Pilihanraya Mengejut

Rupanya Ini Punca PKR Tidak Berapa Setuju Pilihanraya Mengejut. Hanya PKR yang perasan bahaya rancangan DAP yang mahu mengadakan pilihan raya kilat di Pulau Pinang, kata penganalisis.

Malah itulah sebenarnya punca pergaduhan terbaharu antara dua komponen Pakatan Harapan (PH) itu, kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Rupanya Ini Punca PKR Tidak Berapa Setuju Pilihanraya Mengejut. “Ini bukan kali pertama parti-parti pembangkang bercakaran secara terbuka,” katanya ketika dihubungi FMT.

“PKR betul kerana nampak tiada ada keperluan yang jelas untuk memanggil pilihan raya kilat di sana (Pulau Pinang). Selalunya kerajaan membubarkan dewan undangan negeri atau Parlimen sekiranya mereka rasa perlu kembali kepada rakyat dan mohon mandat.”

Pembentukan kerajaan baharu yang diinginkan DAP itu tidak memberi manfaat bermakna kepada PH kerana pakatan itu sebenarnya tidak memerlukan mandat baharu, selepas mendapat sokongan yang kuat dalam pilihan raya lepas, tambahnya.

Rupanya Ini Punca PKR Tidak Berapa Setuju Pilihanraya Mengejut


“Mungkin PKR terfikirkan sekiranya pilihan raya kilat dipanggil, BN akan turun dengan sepenuh kekuatan dan menumpukan seluruh jenteranya di negeri itu,” katanya.

Pembangkang tumpas melawan BN dalam dua pilihan raya kecil di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak pada Jun, dan pilihan raya negeri Sarawak Mei lalu.

Berlatarkan kelemahan pakatan pembangkang ketika ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berhasrat menubuhkan sebuah parti politik, dan mahu membentuk sejenis pakatan baru dengan kumpulan politik yang sudi bersamanya.

Rupanya Ini Punca PKR Tidak Berapa Setuju Pilihanraya Mengejut


“Pilihan raya kilat belum pun bermula mereka sudah bergaduh,” kata Prof Mohd Faisal Syam Abdol Hazis.

Pengkaji di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa itu berkata PH sepatutnya menggunakan platform majlis presiden untuk mendebatkan perbezaan pendapat antara mereka, bukannya menunjukkan kelemahan masing-masing kepada orang-ramai.

Rupanya Ini Punca PKR Tidak Berapa Setuju Pilihanraya Mengejut. “Pada asasnya, langkah memanggil pilihan raya kilat tidak membantu pembangkang dan akan hanya memecahkan mereka,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...