Monday, 18 July 2016

Rupanya Ini Dalang Pembunuhan Bill Kayong

Rupanya Ini Dalang Pembunuhan Bill Kayong. Polis mengesahkan seorang suspek bergelar ‘Datuk’, yang diburu berikutan kes pembunuhan Setiausaha PKR cawangan Miri, Bill Kayong atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, dipercayai berada di Australia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata suspek melarikan diri ke luar negara pada 23 Jun, dua hari selepas kejadian.

Rupanya Ini Dalang Pembunuhan Bill Kayong. “Kita akan menggunakan saluran undang-undang yang ada untuk membawa suspek balik ke negara ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika ditanya mengenai dua lagi suspek yang juga sedang diburu, Dev Kumar berkata mereka berdua dipercayai masih berada di dalam negara dan usaha mengesan terus giat dilakukan.

Pada Jumaat (15 Julai), dua lelaki yang ditahan berhubung pembunuhan Kayong dihadapkan di Mahkamah Majistret Miri.

Rupanya Ini Dalang Pembunuhan Bill Kayong


Mohamad Fitri Pauzi, 29, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Kayong, 43, pada 21 Jun kira-kira 8.20 pagi di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasaraya E-Mart Jalan Miri-Bintulu.

Rupanya Ini Dalang Pembunuhan Bill Kayong. Tertuduh kedua, Lie Chang Loon, 37, didakwa bersubahat dengan Mohamad Fitri mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...