Saturday, 30 July 2016

Resepi Kejayaan Khairul Hafiz Jantan

Resepi Kejayaan Khairul Hafiz Jantan. Bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek mahu Khairul Hafiz Jantan mengekalkan disiplin di tahap tinggi dan sentiasa merendah diri, selain tidak tenggelam dengan ‘dunia glamor’ yang dikecapnya sekarang.

Sebaliknya, Watson, 40, yang pernah digelar ‘The Flying Dayak’ mahukan Raja Pecut Sukma ke-18 itu yang memecahkan rekod kebangsaan 100 meter miliknya, mengekalkan sikap untuk meneruskan rentak cemerlang.

Resepi Kejayaan Khairul Hafiz Jantan.  “Beliau harus kekal dengan sikap begini, kekalkan disiplin dan rendah diri kerana bila-bila masa saja glamor itu boleh menjadi satu masalah kepadanya.“Saya sebenarnya rasa sangat gembira dan lega rekod itu dipecahkan di depan mata saya sendiri.

 Saya berpuas hati dengan lariannya kerana menjadi pelari pecut pertama melakukan 10.18 saat,” katanya ketika ditemui di Stadium Sarawak di sini, hari ini.Rabu lalu, Khairul Hafiz berjaya memecahkan rekod 100m milik Watson iaitu 10.30s yang dicatatkan pada 1998, selepas menamatkan larian final di Sukma dalam masa 10.18s untuk meraih pingat emas.

Resepi Kejayaan Khairul Hafiz Jantan


Beliau kemudian memadam rekod kejohanan acara 200m berusia 14 tahun milik Nazmizan Mohammed dari Terengganu iaitu 21.33s yang dibuat pada Sukma 2002 di Sabah selepas mencatatkan 21.14s di separuh akhir acara itu semalam, sebelum memperbaharuinya hari ini dengan masa 21.03s.

Watson berkata Khairul Hafiz perlu mengekalkan prestasinya untuk mencapai lebih banyak kejayaan besar pada masa depan.

Resepi Kejayaan Khairul Hafiz Jantan


“Tahun depan ada Sukan SEA di Kuala Lumpur, dia harus buktikan kepada rakyat Malaysia dia boleh buat yang lebih baik lagi.

Resepi Kejayaan Khairul Hafiz Jantan.  “Umur dia masih muda lagi, saya rasa dia boleh pergi lebih jauh. Dia juga perlu keluar dari Malaysia untuk menjalani latihan dan pertandingan di luar negara bagi meningkatkan lagi prestasinya,” katanya.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...