Saturday, 16 July 2016

Rakyat Malaysia Terlibat Insiden Di Nice Perancis

Rakyat Malaysia Terlibat Insiden Di Nice Perancis. Seorang warganegara Malaysia, pelajar Singapore University of Technology and Design (SUTD) dipercayai cedera dalam insiden rempuhan trak semasa sambutan Hari Bastille di Nice, Perancis pada Khamis.

Pelajar itu ialah Esmond Chuah Hooi Ong yang merupakan pelajar tahun tiga universiti berkenaan.

Rakyat Malaysia Terlibat Insiden Di Nice Perancis. Bapanya, Chuah Tze Leng menerusi Facebook mengesahkan anaknya terlibat dalam nahas berkenaan dan meminta supaya diberi maklumat terkini mengenai Esmond.

“Tolong cari anak saya Esmond Chuah Hooi Ong (SUTD Singapura) yang cedera dalam serangan di Nice, Perancis. Saya ingin tahu keadaan dia sekarang,” katanya di laman Facebook.

SUTD Singapura dalam satu kenyataan media hari ini berkata kecederaan yang dialami Esmond tidak mengancam nyawanya.

Rakyat Malaysia Terlibat Insiden Di Nice Perancis


Menurut kenyataan itu, Esmond kini di hospital dan dalam keadaan stabil, dan memaklumkan mangsa sudah menghubungi ahli keluarganya.

Esmond merupakan salah seorang daripada 11 pelajar yang berada di Nice untuk program musim panas.

Setakat ini FMT masih cuba menghubungi Tze Leng bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung keadaan Esmond.

Sementara itu, Wisma Putra menerusi satu kenyataan pada petang ini memaklumkan tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden rempuhan trak itu.

Rakyat Malaysia Terlibat Insiden Di Nice Perancis


Katanya, Kedutaan Malaysia di Paris sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengenal pasti sama ada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam insiden itu.

Rempuhan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 83 terbunuh dan lebih 100 yang lain cedera.

Rakyat Malaysia Terlibat Insiden Di Nice Perancis. Polis berjaya menembak mati penyerang yang memandu laju jentera berat berkenaan ke arah orang ramai sepanjang 100 meter di Promenade des Anglais. Turut dijumpai dalam trak tersebut bom tangan dan senjata.



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...