Monday, 25 July 2016

PRN Pulau Pinang Bakal Diadakan.. Ini Petandanya?

PRN Pulau Pinang Bakal Diadakan.. Ini Petandanya? Gerakan Pulau Pinang hari ini mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan persiapan yang perlu dibuat jika kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut dalam masa terdekat.

Pengerusi Gerakan Teng Chang Yeow berkata sebelum ini, persiapan parti itu adalah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang dijadualkan pada 2018 namun, keadaan itu berubah susulan situasi politik semasa di negeri ini.

PRN Pulau Pinang Bakal Diadakan.. Ini Petandanya? “Semua pihak harus bersedia dalam semua keadaan. Jadi, mesyuarat tergempar ini untuk memastikan semua ahli Gerakan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan (sekiranya PRN diadakan),” katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat itu di sini.

Beliau berkata Gerakan berhasrat bertanding di 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan presiden parti Datuk Mah Siew Keong sudah mengenal pasti calon berkenaan.

PRN Pulau Pinang Bakal Diadakan.. Ini Petandanya?


Rabu lepas, Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu sidang media DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan Amanah) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengadakan pilihan raya negeri.




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...